fbpx
Now Reading
Pelakon Muda Tidak Dibenarkan Solek Tua, Micheal Ang Tidak Setuju Dengan Larangan Finas

Pelakon Muda Tidak Dibenarkan Solek Tua, Micheal Ang Tidak Setuju Dengan Larangan Finas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/tv/B5FVXf4plch/

Belum lagi reda dengan sekatan Netflix oleh badanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) , timbul pula satu isu berkenaan dengan isu baru iaitu pelakon muda tidak boleh disolek menjadi tua.

Pengarah popular, Michael Ang membantah kenyataan tersebut dan meluahkan pendapatnya di Instagram TV (IGTV)

Menurut Michael, larangan itu tidak munasabah dan hanya akan membataskan kebolehan seseorang pelakon dalam berkarya.

“Sebelum ini peraturan okay sahaja, tapi kali ini tak masuk akal! Larangan menyolek pelakon muda menjadi tua akan membataskan kebolehan seseorang pelakon.

“Sebagai contoh, jika saya ambil Syafiq Kyle, dia boleh melakonkan watak dalam lingkungan umur sehingga 38 tahun, selepas paras umur tersebut, sudah tentu saya akan gunakan solekan untuk dia membawa watak yang lebih tua, saya pasti Syafiq boleh melakonkan watak tua,” kata pengarah drama Sweat Dreams ini.

Dalam pada itu, Michael turut mempersoalkan pelakon veteran manakah yang tiada kerja kerana dia sendiri sentiasa memberi peluang kepada pelakon veteran seperti Hamidah Wahab dan Norlia Ghani.

“Pelakon veteran tiada kerja, siapa?  Saya sendiri ada ambil pelakon veteran seperti Hamidah Wahab dan Norlia Ghani.

“Sepatutnya, pihak Finas harus mencadangkan untuk mengutamakan pelakon veteran, beri ruang untuk mereka, bukannya melarang pelakon muda disolek menjadi tua,” tambah Michael.

Kenyataan Michael mendapat perhatian pengikutnya dan rata-rata setuju dengan kenyataan beliau termasuk beberapa rakan artis.


Semalam, pengurusi Finas, Datuk Hans Isaac mengeluarkan kenyataan bahawa semua stesen televisyen tidak akan membenarkan pelakon muda disolek untuk memegang watak tua dalam drama dan telefilem terbitan mereka bermula Januari tahun hadapan.

Difahamkan, peraturan terbaru itu bertujuan untuk memastikan jaminan pelakon veteran masih ditawarkan pekerjaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.