Didakwa Nusyuz, Bekas Isteri Da’i Farhan Beri Kenyataan

Kecoh di media sosial apabila spekulasi pendedahan oleh seorang peguam mengenai rumah tangga Da’i Nik Farhan. Namun akhirnya terjawab apabila pendakwah itu mengakui sudah pun menceraikan isteri pertamanya Fatin Nurul Ain dengan talak satu semalam.

BACA : Dai farhan sudah menceraikan isteri pertamanya dakwa seorang peguam.

Sebenar tadi menerusi Facebook, Fatin Nur Ain tampil menjelaskan segala kekusutan berlaku serta luahan hatinya tentang apa yang melanda rumah tangganya serta segala dakwaan yang telah didedahkan oleh seorang peguam sebelum ini.

Menerusi kenyataan itu, Fatin mengesahkan rumah tangga yang dibina selama empat tahun itu berakhir dengan talak satu melalui rakaman suara aplikasi WhatsApp pada 3 Disember 2019.

Menurut Fatin, kenyataanya itu bukan untuk menagih simpati namun untuk mempertahankan maruahnya dan keluarga apabila didakwa diceraikan kerana nusyuz.

“Alhamdulillah, Allah memberikan kekuatan pada diri saya untuk menerima ketentuan dari Allah ini iaitu bahtera rumahtangga yang dibina kerana Allah dan restu ibu bapa berakhir dengan lafaz talak satu melalui audio aplikasi WhatApps pada 3 December 2019.

“Tulisan kali ini bertujuan untuk mempertahankan maruah saya dan juga keluarga saya bila mana saya didakwa menjadi isteri yang nusyuz,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fatin menjelaskan mengenai laporan polis yang dibuat berikutan dia merasakan diri terancam dan perasaan takut serta rasa selamat telah hilang menyebabkan dia membuat laporan polis atas nasihat ahli keluarga.

Fatin berkata dia menerima apa yang berlaku sebagai ujian daripada Allah dan mahu fokus dengan kehidupannya di masa mendatang. Dalam catatan tersebut, Fatin turut mendoakan agar bekas suaminya dan isteri barunya bahagia selamanya.

“Hidup saya tidak berakhir dengan berakhirnya episod perkahwinan saya ini setelah hadirnya wanita kaabah dalam hidup bekas suami saya. Saya doakan semoga mereka berbahagia selamanya.

“Bekas suami saya adalah walid kepada anak saya. Saya mohon janganlah diaibkan atau diperlakukan sama ada melalui perkataan atau apa tindakan sekali pun yang boleh mencemar imej seorang ayah pada anak saya,” katanya.

Terdahulu, Da’i Farhan mengaku sudah pun menceraikan isteri pertamanya itu menerusi rakaman suara aplikasi WhatsApp tengah hari semalam. Bagaimanapun, pendakwah itu menafikan dakwaan bahawa dia telah melakukan kekerasan terhadap bekas isterinya.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago