Now Reading
Akhirnya Isteri Baru Buka Mulut Pertahankan Dai Farhan

Akhirnya Isteri Baru Buka Mulut Pertahankan Dai Farhan

Kontroversi rumah tangga Juara Da’i Musim Kedua , Da’i Farhan semakin hari semakin hangat diperkatakan. Bermula dari perkahwinannnya di Tanah Suci Makkah sehinggalah pendakwah itu menceraikan isterinya dengan talak satu melalui Voice Note di Whatsapp

Ini menyebabkan Da’i Farhan semakin teruk dikecam sehingga ramai yang menggelarkan dirinya penunggang agama kerana sanggup menceraikan isteri pertamanya yang sedang sarat hamil

Setelah beberapa hari berdiam diri dari, akhirnya isteri kedua pendakwah muda itu yang juga seorang doktor akhirnya tampil membuka mulut mengenai apa yang sedang melanda rumah tangganya.

isteri baru dai farhan

Melalui kenyataan yang dimuat naiknya di  Instagram, isteri kedua Farhan, Dr Erin Naqim  berkata dia sangat menyesal dengan tindakan pihak sebeah sana (isteri pertama) yang dakwanya tidak habis-habis  mencari salah di belahnya dengan tujuan mengaibkan ,

See Also

Tulis nya lagi sangat beruntung para suami yang berpoligami jika isteri-isteri menjaga aib sesama mereka. Malah dia tahu kedudukannya sebagai isteri kedua menyebabkan dia sebelum ini banyak mengalah dalam segala benda.

Dr Erin dalam masa sama turut menyindir sifat seorang ustazah solehah yang kuat imannya, tetapi dalam diam buruk perang dan merancang untuk membuka aib orang lain serta menjadi batu api.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.