Now Reading
“Lagu Negaraku Tidak Boleh Di Ubah” – Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong

“Lagu Negaraku Tidak Boleh Di Ubah” – Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong

https://www.facebook.com/mkhairulazri/videos/10221354848009553/

Heboh media sosial harini selepas viralnya video sekumpulan kanak-kanak di dalam bilik darjah sebuah sekolah dilihat menyanyikan lagu negaraku dalam bahasa mandarin.

Dipetik dari Sinar Harian, Felo Utama Insitut Kajian Etnik (KITA)  Universiti Kebangsaan  Malaysia(UKM), Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong berkata Lagu Negaraku tidak boleh diubah kerana ia telah diwartakan dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968

Beliau turut berkata yang Lagu Negaraku yang menjadi lagu rasmi kebangsaaan juga tidak boleh dipersendakan dalam apa jua bentuk

Lagu Negaraku Tidak Boleh Di Ubah –

“Lagu Negaraku adalah simbol penting kedaulatan negara dan ia telah diwartakan dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968.

“Ia diwartakan sedemikian rupa dan sama sekali tidak boleh diubah hatta lirik dan melodinya oleh mana- mana pihak,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai klip viral itu lagi.  Kok Seong berkata, sekiranya ia benar, ianya perlu disiasat pihak berkuasa kerana perkata itu adalah anti nasional dan tidak sepatutnya berlaku.

“Tindakan ini adalah anti nasional, bertentangan dengan kepentingan negara, iaitu lagu kebangsaan itu sendiri. Seakan ada penentangan dengan menukar lirik ke bahasa lain. Ini tidak sepatutnya berlaku

“Mereka yang berfikiran waras tidak akan sesekali menterjemahkan lagu kebangsaan itu yang asalnya adalah dalam bahasa Melayu,” katanya kepada portal berkenaan lagi.

Terbaru Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan menegaskan siasatan terperinci sedang dijalankan kerana kejadian itu didakwa berlaku di beberapa sekolah lain.

Bagaimanapun lokasi sekolah tersebut tidak diketahui.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.