fbpx
Now Reading
Iklan Akan Dipaparkan di Whatsapp Status Mulai Tahun 2020

Iklan Akan Dipaparkan di Whatsapp Status Mulai Tahun 2020

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hampir setiap orang mempunyai aplikasi Whatsapp di dalam handphone mereka. Ia merupakan aplikasi utama yang digunakan untuk berhubung dengan orang lain. dan antara sebab lain ialah kerana ia tidak memaparkan sebarang iklan yang mengganggu pengguna. Tetapi umum diketahui Facebook mempunyai perancangan memaparkan iklan pada aplikasi ini sama seperti yang mereka lakukan pada aplikasi lain di bawah payung mereka.

Menurut laporan BGR, iklan akan mula dipaparkan pada WhatsApp Status pada tahun 2020. Ini disahkan di dalam acara Facebook Marketing Summit yang berlangsung di Belanda. Pengenalan iklan ini adalah setahun lebih lewat berbanding yang dilaporkan tahun lalu. Iklan sebesar seluruh skrin akan dipaparkan pada Status. Jika tatalan ke atas  dilakukan pada iklan, maklumat lebih lanjut tentang produk atau perkhidmatan akan dipaparkan. Format yang digunakan ini sama seperti yang dilihat pada Instagram Stories.

Sumber : BGR

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.