fbpx
Now Reading
Baru Saja Dibuka, Taman Tasik Titiwangsa Sudah Jadi Mangsa Vandalisme

Baru Saja Dibuka, Taman Tasik Titiwangsa Sudah Jadi Mangsa Vandalisme

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ramai yang menanti pembukaan Taman Tasik Titiwangsa yang ditutup lebih setahun kerana banyak penambah baikan yang telah dilakukan untuk kegunaan orang awam.

Namun ada berita yang tidak sedap didengar selepas pembukaan taman tersebut. Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad, vandalisme telah dilaporkan berlaku.

“Sangat mengecewakan kerana kejadian vandalisme itu berlaku hanya lima jam selepas Taman Tasik Titiwangsa dibuka kepada orang ramai,” kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.

Menurutnya, mungkin ada individu yang berasa bangga apabila melakukan vandalisme terhadap kemudahan awam.

“Kemudahan taman itu belum siap sepenuhnya dan masih ada satu atau dua perkhidmatan yang belum diselesaikan dan akan dibuka secara rasmi pada tahun hadapan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Taman Tasik Titiwangsa yang baru dibuka semula kepada orang ramai selepas ia ditutup untuk pengubahsuaian pada 1 September 2018 didapati mengalami kerosakan.

Antara kerosakan serta kesalahan yang didakwa dilakukan pengunjung pada papan tanda, membuang sampah merata dan penggunaan basikal melalui operator yang tidak berlesen.

Khalid berkata, orang ramai yang berkunjung ke taman itu dinasihatkan supaya menjaga keindahan serta kemudahan yang disediakan supaya ia boleh dipakai untuk jangka masa yang lama.

Menurutnya, sebagai langkah keselamatan pihaknya mengarahkan kawalan di taman itu ditingkatkan termasuk menambah jumlah kamera litar (CCTV) di kawasan itu bagi mencegah perbuatan vandalisme.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.