fbpx
Now Reading
Pengikut ‘Neelofa Junior’ Dah Cecah 18 Ribu, Bapa Izinkan Masuk Dunia Hiburan

Pengikut ‘Neelofa Junior’ Dah Cecah 18 Ribu, Bapa Izinkan Masuk Dunia Hiburan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tiada siapa menyangka adik Che Naura Auni atau digelar Neelofa kecil, akhirnya dapat juga peluang untuk berjumpa selebriti kegemarannya menerusi rancangan meleTOP beberapa hari lalu.

Adik Naura sebelum ini tular di beberapa platform media sosial kerana iras wajahnya yang seakan Neelofa selepas foto dikongsikan di Twitter sehingga menarik perhatian selebriti itu sendiri yang kemudian menjemputnya ke set meleTop dengan di temani oleh bapanya, Che Fahdlullah Che Mazam

Yang menariknya Neelofa sendiri turut mengakui bahawa kanak-kanak itu memang mempunyai iras seperti dirinya.

LittleLofa

Selepas pertemuan mereka yang disiarkan di MeleTOP , adik Naura jelas tidak dapat menyorokkan rasa teruja dan gembiranya sehinggakan nama Neelofa tidak lekang di mulutnya sehinggalah pulang ke rumah.

Dipetik dari mStar, ayahnya sendiri sukar percaya impian anaknya itu akhirnya menjadi kenyataan.

Adik Naura Auni

“Sebelum ni dia selalu cakap nak jumpa Neelofa, nak beraya di rumah Neelofa. Bila dapat jemputan ni, saya anggap ia rezeki, sebab dah selalu disebut oleh Naura.

“Dia memang gembira. Masa dalam kereta lepas balik dari program tu, dia cakap seronok dapat jumpa Neelofa. Sampai rumah pun dia bercerita hal sama pada sepupu-sepupunya,” ujar Che Fahdlullah.

Che Fahdullah juga tidak menolak seandainya penularan kisah wajah Naura mirip selebriti itu membawa rezeki buat anaknya malah dia terbuka dan berlapang dada seandainya ada pihak yang mahu memberi tawaran kepada anaknya dalam bidang seni.

Neelofa Kecik LittleLofa

“Saya pun bukan kerja bagus, kerja kilang sahaja. Kalau ada orang bagi tawaran berlakon, jadi model atau iklan, saya tak tolak.

“Tapi janganlah sampai ia menjejaskan Naura, sebab dia masih kecil. Tapi saya anggap rezeki, untuk simpanan masa depan dia juga,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.