Jadi Perhatian Seluruh Dunia, Instagram Apple Muat Naik Gambar Sebuah Kampung di Perlis

Malaysia kaya dengan pemandangan yang indah dan unik di setiap negeri. Baru-baru ini sebuah kawasan paya berumput yang damai di utara tanah air, kampung Sahabat, Perlis tular apabila berjaya menarik perhatian gergasi teknologi Apple. 

Menerusi laman sosial Instagram, Apple berkongsi sekeping foto milik anak Malaysia tentang kampung halamannya itu untuk tatapan umum. 

Berlatarbelakangkan Bukit Nakawan, anak muda tersebut dikenali sebagai Dinie Aiman Sukhaizar, 20, seorang penuntut tahun satu di Univeriti Utara Malaysia yang berasal dari Kampung Guru di Kangar. 

Memetik laporan Astro Awani, Dinie menggunakan iPhone 7 Plus dan meminta rakannya untuk menjadi ‘model’ berlatarbelakangkan Bukit Nakawan.

“Di suatu ketika pagi itu, fajar hanya baru sejengkal membuka tirai. Hembusan lembut bayu pagi di desa. Mengukit senyuman ketenangan,” tulis Dinie sebagai kapsyen foto asalnya.

Pada November lalu, Dinie dihubungi wakil Apple untuk mendapat kebenaran menggunakan imej tersebut di laman Instagram jenama itu yang kini memiliki 21 juta pengikut seluruh dunia.

“Kemanusiaan menjadikan gambar biasa satu cerita,” tulis Apple sebagai kapsyen paparan semula foto Dinie. 

Hasil tinjuan di ruangan komen, rata-rata warga dunia memberi reaksi positif terhadap keindahan foto tersebut. 

Malah, rakyat Malaysia bangga dengan keindahan pemandangan yang seakan-akan lukisan pada gambar tersebut.

Foto Kampung Sahabat itu sehingga kini telah menerima hampir 310,000 tanda suka daripada warga dunia. 

Sumber: Astro Awani

Recent Posts

  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

1 hour ago
  • Trending

“Menu Rare” – Ramai Teruja Cikgu Buat Tosei Semasa Sambutan Hari Raya Di Sekolah [Video]

Menerusi video, kelihatan Cikgu Inthira memasak sendiri hidangan tosei sambil dibantu oleh pelajar lain semasa…

2 hours ago
  • News
  • Trending

QSR Brands Sahkan Beberapa Cawangan KFC Terpilih Ditutup Sementara

Sebelum ini media melaporkan sebanyak 108 cawangan KFC telah ditutup buat sementara waktu berdasarkan data…

3 hours ago
  • Dunia
  • News
  • Trending

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19 Keluarannya Ada Kesan Sampingan

AZ menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya bersimpati kepada sesiapa yang kehilangan orang tersayang atau dilaporkan…

4 hours ago
  • Trending

Seniman Saran Selebriti Terpalit Kontroversi Aliff Aziz Buat Laporan Polis & SKMM

Menurut Seniman, isu yang hangat diperkatakan oleh Sarah Yasmine juga adalah isu peribadi, justeru perlu…

4 hours ago
  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

20 hours ago