fbpx
Now Reading
RM300 Melayang Jika Penumpang Tempat Duduk Belakang Tak Pakai ‘Seat Belt’

RM300 Melayang Jika Penumpang Tempat Duduk Belakang Tak Pakai ‘Seat Belt’

Perkara yang wajib dibuat apabila hendak memandu adalah memakai tali pinggan kereta. Malah, saman akan dikenakan kepada pemandu yang tidak memakai tali pinggang kereta.

Namun bagaimana pula dengan penumpang duduk belakang? Adakah mereka wajib memakai tali pinggang kereta juga?

Untuk pengetahuan, undang-undang ini bukanlah sesuatu yang baru memandangkan peraturan memakai tali pinggang pada tempat duduk belakang sudah mula diwajibkan sejak 2009 namun tidak ada penguatkuasaan buat sesiapa yang tidak memakainya sehingga tahun ini.

belts

Sekiranya anda juga merupakan sebahagian yang tidak membiasakan diri memakai tali pinggang di tempat duduk belakang mungkin selepas ini anda perlu mewajibkan diri anda untuk memakainya demi keselamatan serta untuk mengelakkan daripada dikenakan saman.

Ya, bermula tahun ini, Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Anthony Loke telah mengesahkan kewajipan untuk memakai tali pinggang buat individu berumur 17 tahun dan ke atas di tempat duduk belakang atau bakal dikenakan saman sebanyak RM300. Selain itu, kanak-kanak atau para remaja di bawah 17 tahun yang tidak memakainya bakal membuatkan si pemandu disaman.

See Also

PTJ21_170818_JPJ AES

YB Anthony Loke. Sumber: The Star

Melihat kepada penguatkuasaan yang lebih serius dijalankan pada tahun ini, mungkin sudah tiba masanya untuk anda sama-sama beringat untuk memakai tali pinggang kereta sama anda untuk kepentingan anda atau orang yang tersayang.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.