“Puteri Minta Jangan Dipersoalkan Tentang Ibu Puteri..” – Surat Terbuka Puteri Balqis Untuk Nabila Huda Dan Netizen

Masyarakat baru-baru ini dikejutkan dengan kisah pelakon cilik Puteri Balqis yang pernah mencipta nama sebagai pelakon hebat suata ketika dulu yang kini mengalami kesempitan hidup sehingga terpaksa mengikat perut dan terpaksa turun kejalanan untuk menjual buku demi mencari sesuap nasi gara-gara penyakit yang dihidapinya.

Ini menimbulkan rasa simpati netizen terhadap pelakon cilik berkenaan namun dalam masa sama ramai netizen yang tertanya-tanya apa yang dilakukan oleh ibu bapanya sehingga memerlukan kanak kanak itu untuk turun ke jalanan mencari rezeki. Malah pelakon Nabila Huda juga turut mempersoalkan sama di laman Twitternya

Baca artikel berkaitan :

Terbaru Puteri Balqis tampil memberikan kenyataan terbuka berhubung pertanyaan Nabila Huda dan orang ramai di Instagramnya.

Dalam kenyataan panjang lebar itu, Balqis atau lebih mesra dipanggil Akish memohon semua pihak termasuk Nabila untuk tidak mempertikaikan tindakan ibunya demi menyara hidup mereka berdua

“Buat auntie Nabila Huda, Puteri minta jangan dipersoalkan tentang ibu Puteri. Laman media bukan untuk itu… auntie.

“Kami juga pernah melakukan kesalahan seperti itu tapi kami cuba berubah. Jika auntie nak salahkan orang lain, tak apa tapi jangan disebut atau disalahkan nama ibu Puteri.

“Ibu Puteri berhabis puluhan ribu untuk mencari jalan menyelamatkan Puteri. Ibu Puteri satu-satunya saksi pada keperitan Puteri.

“Auntie dan kawan-kawan auntie pernah membantu, ibu tak perna lupa kerana itu dia sentiasa menjawab kepada soalan.

“Ibu Puteri satu-satunya ahli keluarga yang tak pernah tidak bekerja, dari dulu sentiasa buat macam-macam. Di set penggambaran pun jual asam, jeruk, meniaga sana sini.

“Terpaksa berhenti bekerja sebab Puteri selalu sakit cuma mungkin tak diizinkan berjaya, ada duit seperti auntie.

“Ujian untuk ibu ialah kesusaan, ujian untuk auntie ialah kemewahan,” tulis Balqis.

Pelakon itu didalam Tweetnya, mempersoalkan tindakan ibu bapa pelakon kanak-kanak itu yang membiarkannya keluar mencari rezeki sedangkan kesihatannya terganggu.

Justeru, kata Balqis, ramai yang tersilap andaian bahawa dia dibiarkan seorang diri mencari rezeki untuk menyara hidup tanpa usaha daripada ibunya.

“Ibu puteri tak pernah membiarkan Puteri bekerja. Tidak pernah sesekali. Puteri yang memaksa untuk ikut. Terus terang di KL ibu yang meniaga tapi Puteri yang rabun masih punya perasaan kasihan melihat ibu,” ujarnya.

Dalam coretan panjang lebar itu lagi, Akish menafikan dakwaan ibunya terlibat dengan sebarang penyalahgunaan dadah sebaliknya faktor keadaan fizikal yang kurus adalah kerana kerja kuat dan masalah kesihatan lain.

“Puteri anak orang biasa, puteri tahu apa itu dadah. Kadang-kadang waktu pagi kami berjalan sering ditahan polis tetapi syukur ibu Puteri sentiasa dilepaskan kerana tidak mengambil dadah.

“Fizikal ibu yang kurus selalu tidak makan, tidak cukup tidur, depresi. 

“Sewaktu Puteri sakit, ibu kadang-kadang tak tidur. Ibu memang sering pengsan, tenaganya tak sekuat dulu selepas jatuh dan terhentak pada 2018. Ibu tetap bangun dan teruskan berjalan,” jelasnya.

Akish pada penghujunga surat terbuka tersebut turut mengumumkan tidak akan berada dalam industri hiburan lagi selepas ini.

“Kenyataan ibu hisap dadah itu diberitakan oleh ibu saudara Puteri sendiri.

“Dengki khianat tak kenal keluarga atau kawan, terlalu indah fitnah buat kami. Maka apa yang ibu Puteri buat? Melutut berdoa?

“Jangan risau Puteri tak akan berada dalam industri lagi, lebih tenang tanpa berhadapan dengan golongan seperti mereka,” tambah Balqis.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

38 mins ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

53 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

2 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

2 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago