Duit Terbang Sewaktu ke Thailand Hanya Kerana ‘Didenda’ Tak Bawa Pasport Lama

Buat mereka yang ada memasang hasrat untuk melancong ke Thailand dengan menggunakan kereta, artikel ini mungkin sangat berguna buat anda.

Sekurang-kurangnya selepas membaca anda mungkin terfikir adalah lebih eloknya jika anda pergi ke sana menggunakan kapalterbang bukan sahaja kerana ianya cepat malah lebih mudah dan selamat.

Baru-baru ini, seorang pemuda menerusi Facebook berkongsi pengalaman hitam sewaktu melancong ke Thailand kerana terpaksa membayar ribuan ringgit kepada pegawai imigresen Thailand ; Semuanya hanya kerana isterinya tidak membawa pasport lama bersama semasa memasuki sempadan negara itu dengan kereta.

“Tahun lalu (2018), saya dan isteri pergi ke Hat Yai, Thailand. Pasport isteri saya tamat tempoh, jadi kami pergi ke UTC untuk membuat pasport baharu,” tulis pemuda berkenaan.

Selepas dari Trip pada 2018 itu, pasangan ini sekali lagi merancang untuk mengunjungi negara berkenaan pada Disember 2019 lalu, dengan menaiki kereta.

Namun sewaktu bertemu dengan pegawai imigresen, agak mengejutkan apabila pemuda ini dimaklumkan isterinya tidak dibenarkan memasuki sempadan negara itu.

Menurutnya, pegawai imigresen itu memberi alasan bahawa isterinya tiada rekod meninggalkan negara itu buat kali terakhir iaitu pada 2018 dan dalam erti kata lain telah melanggar undang-undang yang ditetapkan.

Dia yang berulang kali menyakinkan pegawai itu, berkata pegawai sempadan dari negara jiran itu t tetap mendakwa bahawa ‘tiada rekod’ yang membuktikan isterinya keluar dari negara itu sebagaimana tertera dalam komputer.

Lelaki berkenaan tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan satu-satunya bukti yang dapat menunjukkan bahwa isterinya tidak melanggar undang-undang adalah dengan menunjukkan rekod keluar-masuknya ke negara itu melalui cop di pasport lama yang sudah tidak lagi digunakan kerana isterinya sudahpun memperbaharui pasportnya yang baru.

“Siapa yang akan membawa bersama pasport lama? Tambahan pula sudah lebih setahun, siapa ingat jika ada cop?” kata pemuda itu lagi.

Mengetahui yang dia sudah tidak mampu membuat apa-apa lagi, pemuda itu mendakwa dia dan isteri telah diberi tiga pilihan oleh pegawai imigresen terbabit.

“Pertama denda kira-kira RM1,600. Kedua dihantar pulang dan ketiga yang ramai orang tahu iaitu ‘kaedah khas’,” katanya.

Memandangkan sudah berada di sana, pemuda itu berkata semestinya dia tidak mahu isterinya pulang ke tanah air bersendirian dengan menaiki kereta.

Maka, pemuda itu memilih yang ketiga dan ia memerlukan dia membayar wang yang nilainya kurang sedikit daripada bayaran denda yang ditetapkan iaitu RM1,000.

Sekembalinya ke rumah, pemuda itu segera memeriksa pasport lama milik isterinya dan mendapati memang terdapat cop rekod keluar dari negara itu ketika kunjungan mereka pada 2018.

Malangnya ia sudah pun terjadi, disebabkan insiden itu pemuda itu mengingatkan orang ramai supaya membuat persediaan dan pertimbangan sebelum memutuskan untuk masuk ke negara itu melalui kereta sendiri.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

7 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

8 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

8 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

10 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

10 hours ago