“Saya pernah feeling-feeling, tapi dia tak cinta saya” – Azwan Ali Dedah Cinta Pernah Ditolak Ziana Zain

Siapa tak kenal denga Diva AA ataupun nama sebenarnya Azwan Ali. Namun, lama juga kita tidak dengar cerita mengenai beliau. Baru baru nampaknya pelakon dan pengacara ini membuka cerita mengenai kisahnya dahulu.

Menerusi rancangan bersama Dj Nazz di laman YouTube Gegar, Azwan mendedahkan mengenai perasaan cintanya telah ditolak Ziana Zain dan ianya mendapat liputan hangat media tempatan ketika itu.

BACA: “Sebagai-adik-saya-sepatutnya-beralah-nak-memohon-maaf-daripadanya” – Azwan Ali

Tambah Azwan lagi, dia mengaku hanya bertepuk sebelah tangan dan Ziana hanya menganggap dirinya sebagai rakan biasa sahaja.

“Saya pernah feeling-feeling, tapi dia tak cinta saya, saya je anggap saya cinta Diva ZZ. Kemudian Ziana keluar kenyataan di media tempatan bahawa dia tiada ‘taste’ pada Azwan Ali. Kau rasa mana pergi jantan kau, maruah kau,” katanya.

Tidak lokek berkongsi cerita, Azwan berkata ketika itu dia meminta izin bapa Ziana untuk membawanya keluar berjalan dan pada waktu itulah dia meluahkan isi hatinya pada Ziana.

Azwan berkata dia agak kesal dengan kenyataan Ziana kepada pihak media. Meskipun cintanya ditolak namun Azwan berkata dia redha dengan apa yang berlaku 30 tahun lalu.

“Masa bawak Ziana keluar, tahu tak perasaan dia macam mana? Saya rasa macam jadi Justin Bieber masa tu. Siapa saja yang mampu pandu kereta bersama Ziana masa tu.

“Saya cakap “Ziana, sebenarnya saya suka awak,” dan Ziana jawab,”Jangan nak mengada, kita kawan je, tiada nak feeling-feeling, kita tak minat.”

“Memang hati memberontak nak Ziana Zain, tapi orang kata Korban Cinta, dia tiada perasaan pada saya, saya je yang perasan.

Diakhir rancangan tersebut, Azwan Ali seolah menyifatkan Ziana telah mendapat hukum karma melihatkan apa yang terjadi pada penyanyi itu.

“Tapi, dia dah kena dah karma dia. Kau tengok apa jadi dengan Ziana? Bangga sangat kahwin dengan mamat tu,” katanya.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 hours ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 hours ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

3 hours ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

3 hours ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

4 hours ago