Rupanya ‘Isteriku’ Bukan Perempuan!

Untuk sesiapa yang ingin mendirikan rumah tangga lebih baik check dulu betul-betul latar belakang bakal suami atau isteri. Lebih utama kesasihan jantina pasangan anda supaya anda tidak tertipu di kemudian hari.

Ini kerana seorang imam di Uganda digantung tugas gara-gara berkahwin dengan lelaki yang menyamar sebagai wanita,

Sheikh Mohammed Mutumba, 27, mengetahui jantina sebenar ‘isteri’ yang dikahwini pada bulan lalu itu selepas lelaki tersebut ditahan kerana mencuri televisyen dan pakaian milik jiran mereka.

Identiti sebenarnya terbongkar selepas anggota polis melakukan pemeriksaan terhadap ‘isteri’ imam tersebut.

Media tempatan di Kayunga melaporkan pencuri terbabit mengaku dia menyamar sebagai seorang wanita dan menggunakan nama Swabullah Nabukeera.Suspek kemudiannya mengaku nama sebenarnya ialah Richard Tumushabe dan dia berkahwin dengan imam berkenaan kerana mahu mencuri wang miliknya.

Susulan insiden itu, Mutumba memberitahu, dia sangat kecewa dan memerlukan khidmat kaunseling.

Katanya, dia tidak pernah melakukan hubungan intim bersama ‘isterinya’ kerana penyamar itu mendakwa sedang haid.

Amisi Kibunga berkata, dia juga terpedaya kerana isteri rakannya itu mempunyai suara yang lembut dan berjalan seperti wanita.

Ketua Imam, Sheikh Isa Busuulwa berkata, langkah penggantungan tugas itu perlu untuk memelihara integriti. – Agensi

Recent Posts

  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

20 mins ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 hours ago
  • Trending

“Menu Rare” – Ramai Teruja Cikgu Buat Tosei Semasa Sambutan Hari Raya Di Sekolah [Video]

Menerusi video, kelihatan Cikgu Inthira memasak sendiri hidangan tosei sambil dibantu oleh pelajar lain semasa…

3 hours ago
  • News
  • Trending

QSR Brands Sahkan Beberapa Cawangan KFC Terpilih Ditutup Sementara

Sebelum ini media melaporkan sebanyak 108 cawangan KFC telah ditutup buat sementara waktu berdasarkan data…

3 hours ago
  • Dunia
  • News
  • Trending

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19 Keluarannya Ada Kesan Sampingan

AZ menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya bersimpati kepada sesiapa yang kehilangan orang tersayang atau dilaporkan…

4 hours ago
  • Trending

Seniman Saran Selebriti Terpalit Kontroversi Aliff Aziz Buat Laporan Polis & SKMM

Menurut Seniman, isu yang hangat diperkatakan oleh Sarah Yasmine juga adalah isu peribadi, justeru perlu…

4 hours ago