Ini Penjelasan JAKIM Mengenai Isu Halal Subway

Isu sijil Halal semestinya menjadi topik hangat dalam kalangan rakyat Malaysia, jika ada restoran yang mempunyai isu sijil Halal, netizen akan terus menyebarkan maklumat untuk diketahui oleh orang awam.

Baru-baru ini tular di laman sosial sebaran surat makluman Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang memaklumkan pensijilan halal bagi restoran makanan segera Subway tidak boleh diteruskan dan digantung.

Perkara itu berlaku selepas penemuan penapis air yang digunakan rangkaian restoran itu mengandungi komponen dari sumber haiwan serta kawalan bahan mentah yang lemah oleh syarikat tersebut semasa proses audit lapangan oleh JAKIM.

Pihak bertanggungjawab dalam isu tersebut, Bahagian Hab Halal, JAKIM telah mengeluarkan kenyataan di laman Facebook mereka untuk tidak membiarkan perkara tersebut tular tanpa sebab.

Dalam kenyataan tersebut, pihak mereka memberitahu surat tersebut sebenarnya adalah untuk sebaran JAKIM kepada Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan merupakan penyelarasan dalaman antara mereka.

Ini bermaksud surat tersebut bukanlah untuk tatapan umum tetapi ada pihak tidak bertanggungjawab yang telah menularkan perkara tersebut.

Ini adalah penjelasan mereka berkenaan penularan surat tersebut.

“Pihak kami telah menerima penjelasan dari Jabatan Agama Islam Negeri berkenaan berhubung penularan surat tersebut dan berdasarkan maklum balas yang diterima mendapati ia telah diedar kepada kakitangan mereka tanpa mematuhi peraturan pengendalian dokumen kerajaan sehingga menjadi tular,” kata kenyataan tersebut.

Berhubung status pensijilan halal pula, pihak JAKIM memberitahu keputusan mereka menangguhkan semua permohonan skim premis makanan bagi rangkaian restoran Subway adalah untuk memberi ruang kepada syarikat itu untuk membuat pembetulan dan penambahbaikan supaya memenuhi standard Pensijilan Halal Malaysia.

Berdasarkan pemahaman kami, buat masa sekarang ketika artikel ini ditulis, ‘surat penyelarasan antara JAKIM dan JAIN’ ini bukanlah pengumunan yang sepatutnya diberitakan kepada umum.

Pihak mereka juga telah menangguhkan permohonan skim premis makanan bagi restoran jenama Subway dan telah berbincang dengan pihak rangkaian jenama tersebut untuk memperbaiki kelemahan yang ditemui semasa proses audit lapangan oleh JAKIM.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di kiriman kenyataan tersebut di Facebook memberikan pendapat mereka mengenai kenyataan tersebut.

Apa kata anda membuat semakan di laman sesawang www.halal.gov.my untuk mengetahui status halal sebenar restoran tersebut.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

19 mins ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

2 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

2 hours ago
  • Trending

“Pelik Tapi Benar” – Rakaman Cara Ular Panjat Pokok Raih Perhatian Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas memanjat pokok berkenaan meskipun tidak punyai…

3 hours ago
  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

5 hours ago
  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

6 hours ago