Wow! Bahasa Melayu Di Martabat Di Korea Selatan, Papan Tanda Kini Dalam BM

Korea Selatan adalah satu dari beberapa pilihan utama rakyat Malaysia dalam memilih lokasi untuk pelancongan. Namun buat mereka yang kesana, selain dari masalah komunikasi bahasa, panduan arah juga sedikit sukar memandangkan semuanya ditulis dalam bahasa ibunda Korea iaitu, Hangeul.

Namun baru-baru ini seorang netizen, Zakaria Azizi memuat perkongsian di Facebooknya mengenai pembaharuan yang telah dilakukan oleh pihak berwajib di sana, apabila memasukkan bahasa melayu di dalam tanda mereka.

“Bahasa Melayu diangkat dan dimartabatkan di bumi Korea Selatan” tulis Zakaria dengan bangganya pada posting tersebut.

“Oleh kerana kebanjiran pelancong Nusantara terutamanya dari Malaysia ke Korea Selatan saban tahun, kerajaan Korea berbesar hati meletakkan Bahasa Melayu di papan tanda bagi tujuan kesenangan pelancong yang berkunjung di beberapa stesen dan kawasan tumpuan pelancong” tambahnya.

Sangat membanggakan bukan? Namun yang lebih penting perkara ini bakal memudahkan pelancong kita juga pelancong dari Nusantara secara amnya dalam mendapatkan maklumat atau arah lokasi sesuatu destinasi dengan dengan mudah.

Dalam masa sama strategi ini juga pasti akan dapat menarik lebih ramai pelancong Malaysia ke Korea Selatan.

Difahamkan ininsiatif kerajaan Korea Selatan dalam meletakkan bahasa melayu papan tanda ini telah di bantu oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia(ITBM) yang berpusat di Wangsa Maju bermula pada September tahun lepas.

Ternyata perkongsian itu berjaya menarik minat para netizen kita yang belum pernah ke sana untuk melancong ke negara berkenaan. Tidak kurang juga yang memuji kesungguhan dan inisiatif yang dilakukan oleh Korea Selatan.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

2 days ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 days ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 days ago