Pasha Ungu Larang Isteri Ke Dapur Kerana Tak Mahu Kecederaan Berlaku

Kebanyakan lelaki semestinya ingin merasai air tangan isteri setelah berkahwin dan menjadi kelaziman untuk wanita berada di dapur untuk memasak juadah makanan kepada keluarga.

Namun lain pula bagi vokalis kumpulan Ungu Pasha yang melarang isterinya masuk ke dapur kerana tidak mahu sebarang kecederaan berlaku. 

Memetik laporan Liputan6, Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Syamsuddin Said, 40, khuatir jika isteri yang juga penyanyi Adelia Wilhelmina terkena minyak panas. 

“Terima kasih sayang jadi suami yang sabar, menerima aku seadanya, tak boleh memasak seperti isteri-isteri orang lain.

“Malah suami aku ini kalau aku masak, dia beritahu tak payah susah-susah, nanti terkena minyak masak,” ujar Adelia kepada Liputan6.

Selain tidak pandai memasak, Adelia juga mengaku dirinya bukan seorang isteri yang sempurna kerana tidak pandai membuat kerja-kerja rumah. 

Pasangan ini menikah tahun 2011, dua tahun setelah Pasha sah bercerai dari isteri pertamanya, Okie Agustina dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Keisha Alvaro Putra Sigit, Shakinah Azalea Napasha, dan Nasha Anaya Putri Valentina Pasha.

Menginjak usia perkahwinan yang memasuki 9 tahun, Pasha yang juga Datuk Bandar bagi kota Palu dan isteri tetap tampil romantis dan jauh dari sebarang kontroversi.

Kini menetap di Palu, Sulawesi Tengah, Pasha dan Adelia dikurniakan empat orang cahaya mata, Dewa Hikari Zaidan Ibrahim, Sakha Dyandra Sultan Yusuf, Aliyan Akhtar Raja Sulaiman dan Princess Kayla Mutiara Pasha.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

ameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

3 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

4 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

4 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

6 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

6 hours ago