fbpx

Elak Pembelian Panik Warga Singapura di Johor, KPDNHEP Lakukan Pemantauan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seperti yang viral di media sosial, gambar dan video rakyat Singapura yang panik membeli barangan keperluan selepas kerajaan negara itu menaikkan amaran Kedudukan Sistem Tindak Balas Perebakan Penyakit (DORSCON) dari tahap kuning kepada jingga.

Susulan itu, pemantauan dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Johor sejak Sabtu lepas bagi memastikan tiada pembelian panik barangan isi rumah oleh warga Singapura di negeri itu.

KPDNHEP dalam kenyataan semalam memaklumkan, pemeriksaan di sekitar Johor Bahru, Iskandar Puteri, Pasir Gudang dan Kulai dilaksanakan untuk memastikan barang kawalan, makanan dan barangan asas yang lain mencukupi untuk kegunaan rakyat Malaysia. Sebanyak 604 premis telah diperiksa oleh KPDNHEP Johor melibatkan 60 pegawai penguat kuasa sepanjang dua hari operasi dijalankan.

“Data yang diterima oleh kementerian daripada pemborong berkaitan stok barangan kawalan seperti gula, minyak masak dan tepung adalah mencukupi bagi pengguna di negeri Johor,” jelasnya.

Menurut KPDNHEP, pemantauan turut dilaksanakan bagi memastikan tiada aktiviti menyorok barangan kawalan dalam kalangan peruncit dan harga dijual mengikut harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

Sementara itu, KPDNHEP Johor menerima 65 aduan berkaitan penjualan penutup hidung dan mulut susulan penularan 2019-nCov.

Menurut kenyataan itu, daripada 187 pemeriksaan yang dijalankan, dua premis menjual barang kawalan tersebut pada harga lebih tinggi dari yang ditetapkan telah dikompaun, masing-masing RM500 dan RM10,000.

Perdana Menteri Singapur, Lee Hsien Loong juga telah menasihatkan warga Singapura supaya tidak panik dan membeli keperluan asas untuk disimpan dirumah. Amaran jingga juga pernah dikeluarkan semasa ancaman wabak H1N1 pada 2009.

PM Lee Hsien Loong on the 2019-nCoV situation in Singapore

We have faced the novel coronavirus situation for about two weeks now. People are understandably anxious and fearful. But fear can end up doing more harm than the virus itself! It can lead to irrational panic, causing us to hoard facemasks or food. Singapore has ample supplies — already, supermarkets across Singapore have restocked. There is no need to stock up on instant noodles or toilet paper, as was widely seen on social media yesterday.Instead, let us stay united and resolute in this outbreak. Keep helping one another, as many of you have stepped up to do. And most importantly, stay calm and carry on with our lives. – LHL#SGUnited(Video by Mediacorp)

Posted by Lee Hsien Loong on Saturday, February 8, 2020

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.