fbpx
Now Reading
Inisiatif Persatuan Farmasi Malaysia Mudahkan Orang Ramai Cari Topeng Penutup Muka Dengan Google Maps

Inisiatif Persatuan Farmasi Malaysia Mudahkan Orang Ramai Cari Topeng Penutup Muka Dengan Google Maps

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penularan Wabak Koronavirus atau nama barunya Covid-19 yang bermula dari Bandar Wuhan, China benar-benar menggusarkan hati masyarakat global. Malah angka korban yang semakin meningkat, dicampur dengan peningkatan kes positif Covid-19 membuatkan ramai tidak senang duduk.

Saranan pihak berkuasa negara kita dalam mengawal wabak ini adalah dengan menggalakkan semua orang untuk menjaga kebersihan diri diantaranya dengan menambahkan kekerapan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih atau sanitizer serta menggunakan topeng penutup muka.

Namun, ramai yang meluahkan kesukaran menemui topeng penutup muka, walau telah mencari di serata farmasi. Kami sendiri di Buzzkini mengakui kebenaran perkara ini.

Foto : FMT

Terbaru, dalam memudahkan orang ramai untuk mendapatkan mencari stok penutup muka, Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) membuat satu inisiatif dengan melancarkan carian topeng penutup muka di farmasi terpilih secara online dengan menggunakan aplikasi Google Maps

Dengan berpandu pada peta di Google Maps tersebut, setiap tanda berwarna mewakili lokasi farmasi terpilih yang menjual topeng muka dengan tiga ciri warna.

Tanda kuning bermakna topeng muka telah pun habis dijual, warna merah menandakan masih terdapat stok pada lokasi terbabit manakala biru untuk status tidak diketahui.

Namun cadangan kami, sekiranya anda melihat tanda merah pada peta yang berdekatan dengan kawasan anda, dapatkan nama kedai berkenaan dan hubungi mereka untuk pengesahan stok.

Jadi bagi mereka yang masih tercari-cari topeng muka/mulut sila klik pada pautan di sini : Community Pharmacy Mask

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.