fbpx
Now Reading
“Saya tak nak duit, apa yang saya mahukan hanyalah kejujuran” – Dayana Minta Naim Daniel Jujur Mengenai Lagu Sumpah

“Saya tak nak duit, apa yang saya mahukan hanyalah kejujuran” – Dayana Minta Naim Daniel Jujur Mengenai Lagu Sumpah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

“Saya hanya mahu Naim tampil untuk bersikap jujur dengan membuat pengakuan sebenar kepada peminatnya mengenai lagu Sumpah adalah ciptaan kami bersama.

Bekas kekasih penyanyi Naim Daniel dikenali Dayana atau nama sebenar Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah,21 menggesa penyanyi itu supaya bersikap jujur kepada peminatnya.

Dia meminta Naim untuk memaklumkan perkara sebenar berkaitan hak penciptaan lagu Sumpah dan mendaftarkan lagu Sumpah sebagai hak milik bersama.

Pada 9 Februari lalu, lagu Sumpah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-34.

Dayana berkata tindakan diambilnya untuk mengadakan sidang media juga tidak ada kena mengena dengan tuntutan duit kemenangan lagu Sumpah, baru-baru ini.

“Saya tak nak duit, apa yang saya mahukan hanyalah kejujuran.

“Tapi kalau dia daftarkan nama saya, secara tidak langsung memang saya dapatlah royalti itu. Apapun, soal royalti nombor dua,” katanya.

Dayana berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Dayana yang pernah menyertai Idola Kecil terbitan TV9 ketika kanak-kanak turut diwakili peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.

Hadir sama, ibu Dayana, Che Rohaida Che Daud dan pengerusi Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Ayob Abd. Majid.

Kata Dayana, dia memberi tempoh seminggu kepada Naim untuk membuat pengakuan secara terbuka bahawa lagu itu adalah karya ciptaan bersama mereka.

“Tempoh yang saya bagi selama seminggu ini sangat memadai untuk dia tampil membuat pengakuan .

“Tak kisahlah dalam bentuk video atau sidang media. Cuma, pihak kami berlapang dada jika dia mahu berjumpa bagi membincangkan hal ini secara terperinci,” katanya.

Dalam pada itu, Dayana turut memaklumkan bahawa dia mempunyai bukti-bukti yang kukuh bagi menunjukkan bahawa lagu Sumpah itu adalah ciptaan bersama.

Terdahulu, Naim pernah meminta mana-mana individu yang mahu menuntut hak cipta bersama lagu Sumpah supaya tampil dengan kemukakan bukti kukuh.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan Naim menerusi satu entri video yang dimuat naiknya di Instagram.

Sehubungan itu, isu pertikaian hak cipta lagu Sumpah sudah tercetus sekitar Julai tahun lalu apabila karya itu dikatakan berkisar pada kisah cinta sebenar.

Lagu Sumpah dicipta secara bersama oleh Naim dan Dayana pada 2015 ketika mereka masih bercinta.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.