Padah Asyik Bermain Tiktok, Majikan Baling Telefon Ke Lantai (Video)

Memang diakui aplikasi Tiktok bukan sahaja digilai golongan belia malahan kini turut mendapat tempat di kalangan mereka yang sudah sedikit berumur dan bekerjaya.

Namun terlampau asyik bermain TikTok tak megira masa dan keadaan juga adalah satu penanda tidak baik apatah lagi jika ianya boleh menyebabkan tugasan anda sama ada di rumah atau di pejabat turut terganggu.

Bagi mereka yang belajar terutamanya mereka di pengajian tinggi pasti akan menyebabkan pengajar marah manakala mereka yang sudah bekerja pasti akan menaikkan kemarahan majikan.

Ini yang terjadi kepada seorang wanita ini yang apabila dia teruk dimarahi majikannya gara-gara terlampau asyik bermain TikTok dan berselfie di pejabat.

Klip video yang dikongsikan di Facebook oleh portal Perak Press ini memperlihatkan wanita berkenaan dilihat sedang dimarahi majikannnya yang juga seorang perempuan.

Majikannya dalam masa sama turut menyebut bahawa dia sebelum ini sudah menerima aduan dari pekerja lain bahawa wanita tersebut kerap kali dilihat bermain telefon.

Bukan sahaja diherdik, majikannya itu kemudian di lihat turut mengambil peranti berkenaan sebelum melemparnya ke lantai.

Errr perlu ke sampai baling?

Tindakan majikannya yang disifatkan agak keterlaluan menyebabkan dia dikecam hebat oleh netizen .

Meskipun tindakan wanita berkenaan bermain TikTok di pejabat adalah salah dan dilihat tidak sesuai, namun ramai bersetuju yang majikannya tidak seharusnya menghukum wanita berkenaan dengan merosakkan harta benda miliknya

Namun dalam masa sama masih ada yang bersetuju dengan tindakan si majikan, sehingga ada memuji tindakannya itu kerana wanita tersebut seakan ‘curi tulang’ dan menggunakan aplikasi TikTok ketika masih waktu bekerja.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

16 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

16 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

17 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

17 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

17 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

17 hours ago