fbpx
Now Reading
Isu Video Tular, Hospital Putrajaya Buat Laporan Polis Terhadap Dayangku Intan dan Diva AA

Isu Video Tular, Hospital Putrajaya Buat Laporan Polis Terhadap Dayangku Intan dan Diva AA

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Disaat-saat negara sedang berdepan dengan penularan wabak COVID-19 yang begitu meruncing di dalam negara kita, timbul isu tular yang membabitkan petugas barisan hadapan dari Hospital Putrajaya dengan seorang selebriti terkenal di Malaysia iaitu Dayangku Intan.

Difahamkan Dayangku Intan juga ada memuat naik video menceritakan situasi yang berlaku diantara dia dengan pegawai perubatan dari hospital berkenaan di Facebook milikya.

Menerusi video tersebut, penyanyi berkenaan berkata dia ada mengalami demam, sakit kepala, tekak dan badan. Menyedari simptom tersebut sama dengan simotom COVID-19, dia membuat keputusan untuk ke Hospital Putrajaya dengan tujuan melakukan pemeriksaan.

Namun sewaktu di sana, Dayangku mendakwa tidak menerima layan yang memuaskan dari pasukan petugas.

Kejadian berlaku pada 15hb Mac lebih kurang masa 9:30 malam di counter covid-19 kecemasan hospital putrajaya

Posted by Dayangku Intan on Wednesday, March 18, 2020

Susulan dari video tersebut, pengacara terkenal Azwan Ali difahamkan telah bertindak berkongsikan video yang sama di Twitternya namun dalam masa sama bertindak menggunakan bahasa kesat berunsur cacian terhadap para petugas di hospital berkenaan

Merasakan imej mereka tercalar dengan isu terbabit, Hospital Putrajaya kemudiannya bertindak membuat laporan polis berhubung penularan video tersebut yang secara tidak langsung telah menjejaskan imej Hospital Putrajaya dan kredibiliti kakitangan serta para pegawai perubatan dalam mengendalikan wabak COVID-19.

Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr Nora’i Mohd Said dalam satu kenyataan pada rabu berkata isu berkenaan telah diperbesar-besarkan malah diselitkan dengan hamburan bahasa kesat terhadap petugas kesihatan yang menjalankan tugas.

Menurutnya lagi orang awam seharusnya lebih peka dengan keadaan semasa . Malah katanya lagi, setiap petugas kesihatan telah mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan ditetapkan sepanjang mengendalikan wabak itu.

Tambahnya lagi, penularan video sebegini hanya akan memberikan tekanan emosi kepada para petugas kesihatan, sedangkan pada waktu sebegni mereka seharusnya diberi sokongan moral dan kata-kata semangat .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.