“Itu Hanya Cadangan Awal” -Zed Zaidi Perjelas Mengenai COVIDSENI-2020

Selepas teruk dihentam netizen mengenai cadangan Bantuan Khas Covid-19 Penggiat Seni Malaysia (COVIDSENI-2020) yang diusulkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) Presidennya ,Zed Zaid akhirnya membuka mulut.

Memetik Metro, Zed Zaidi atau nama betulnya Rozaidi Jamil menjelaskan ia hanyalah salah faham dimana kertas cadangan itu sebenarnya sudahpun siap dan telah dibentangkan sebelum kerajaan memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

Cadangan dibentangkan sebelum Kerajaan Perkenal PRIHATIN

“Ini salah satu inisiatif karyawan seni yang dibuat mengikut saluran yang betul, merangkumi proses dan prosedurnya.

“Cuma, ketika itu kerajaan belum memperkenalkan lagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Apapun, kami dah dapat maklumat awal berkenaan pembentangan terbabit, jadi kami cadangkan apa yang dimahukan dalam kertas kerja dibuat,” katanya.

Kertas cadangan ambil pendapat para penggiat seni lain

Tambahnya lagi, kertas kerja cadangan itu disediakan menerusi input yang diambil daripada pandangan ahli berkenaan apa yang dikehendaki dan perlu dilakukan.

“Mereka usulkan pelbagai pandangan dan sebagai persatuan yang menjadi penghubung kepada agensi kerajaan seperti diminta oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), kami berilah cadangan.

“Sama ada terima atau tidak bukanlah isu. Cuma kami sampaikan pandangan yang diluahkan oleh akar umbi. Macam-macam pandangan diterima dan kami masukkan semuanya dalam kertas kerja cadangan ini.

“Ia juga bersesuaian dengan keadaan sekarang. Malah, apabila kami siapkannya, pengumuman belum dibuat oleh Perdana Menteri,” katanya.

Kemudiannya cadangan tersebut akan diusul ke Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) untuk dinilai sama ada bersesuaian atau tidak.

“MoF akan tengok mana-mana yang bersesuaian, boleh atau tidak. Kalau tak boleh, mereka akan buat pertimbangan letakkan kami di mana dan barulah PM akan umumkan.

“Selalunya begitulah yang dilakukan termasuk ketika belanjawan yang mana kerajaan akan ambil kira pandangan penggiat seni merangkumi persatuan dan ahli-ahli akar umbi.

“Begitulah prosesnya. Itu adalah cadangan sebelum pembentangan dan kami juga akur apabila PM meletakkan golongan artis dalam kategori B40 dan M40,” katanya.

Ujarnya lagi, yang menjadi isu sekarang apabila pihak tertentu sengaja memanipulasi perkara ini sehingga menimbulkan salah faham.

Penggiat seni mewakili ramai pihak bukan hanya selebriti

“Dalam keadaan sekarang, ada juga artis yang nak bantu kalangan penggiat seni lain, tapi niat mereka disalah tafsir oleh pihak-pihak tertentu untuk dapat ‘view’ yang tinggi dalam keadaan PKP yang masuk hari ke-12.

“Jadi perkara-perkara ini yang menimbulkan kemeriahan di media sosial sekarang. Malah Facebook dan Instagram Seniman juga turut kena ‘spam’ kerana komen dan ketidakpuasan hati warganet.

“Pihak warganet sebenarnya tidak faham istilah penggiat seni. Ia bukan sahaja merangkumi artis tapi turut membabitkan tenaga kerja produksi, mekap artis dan sebagainya,” katanya.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

1 day ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

1 day ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

1 day ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 days ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 days ago