fbpx
Now Reading
Selepas Dikecam, Kini Ada Petisyen Mahu Vivy Yusof Letak Jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Selepas Dikecam, Kini Ada Petisyen Mahu Vivy Yusof Letak Jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B-T6oUTgRlT/

Nama ikon fesyen Vivy Yusoff begitu hangat diperkatakan beberapa hari ini. Semuanya gara-gara komen yang dimuatnaiknya sewaktu membalas keluhan rakan usahawan, yang dikenali sebagai Aleeya Zailan mengenai pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan.

Menerusi satu komen Aleeya, dia beranggapan pemberian tersebut hanya akan membuatkan orang miskin menjadi ‘kaya’ sebelum kembali menjadi miskin selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Vivy kemudian bertindak membalas seolah bersetuju dengan kenyataan tersebut, dimana dia meraskan kesenangan yang diberikan kerajaan hanya sementara sebelum semua orang kembali merana selepas tamat PKP, baik dari pemilik syarikat mahupun pekerja.

Kenyataan kedua mereka ini kemudiannya menyebabkan netizen menjadi berang sehingga ada yang melancarkan kempennmahu memboikot produk mereka

Vivy kemudianya memuat naik permohonan maaf secara terbuka di Instagram mengenai isu terbabit dalam sama menjelaskan bahawa dia sebenarnya tiada niat memperlekehkan nasib B40 tetapi hanya hanya ingin memperjuangkan nasib peniaga-peniaga SME yang lain.

Namun semuanya tidak berhenti setakat itu sahaja apabila Alumni Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM) telah mewujudkan satu petisyen menuntut agar usahawan itu untuk meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah di sana.

Menerusi petisyen tersebut, Vivy dikatakan tidak menjaga nama baik Universiti malah  tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ahli lembaga pengarah UiTM

Difahamkan petisyen tersebut sudahpun ditutup dimana mereka telah berjaya mengumpul 39,869 tandangan.

Terdahulu Vivy telah dilantik sebagai seorang ahli lembaga pengarah UiTM di sekitar bulan Mei tahun lalu.

Namun apa sahaja keadaannya ketika ini diharap semua kekal bertenang, jangan dilupakan wanita ini juga antara individu terawal yang menjalankan dana kutipan bagi membantu frontliner dan juga golongan B40 yang teruk terjejas susulan dari pelaksanaan PKP.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.