fbpx
Now Reading
Dikecam ‘Penunggang’ Gara-Gara Keluarkan Koleksi ‘The Palestine dUCk’, Vivy Yusof Tampil Beri Penjelasan

Dikecam ‘Penunggang’ Gara-Gara Keluarkan Koleksi ‘The Palestine dUCk’, Vivy Yusof Tampil Beri Penjelasan

Jelas Vivy, ramai yang telah meminta agar koleksi berkenaan dikeluarkan semula kerana mereka ingin memakainya sebagai cara menunjukkan solidariti kepada Palestin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak akhir-akhir ini, peperangan di antara Palestin dan Israel mula menjadi perhatian ramai di seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Seperti di negara ini ramai yang menyokong Palestin dan berharap agar peperangan membabitkan dua negara itu dapat dihentikan dengan segera kerana sudah mengorbakan ramai mangsa terutamanya kanak-kanak.

Malah perang menyenbabkan ramai rakyat Palestin terputus bekalan penting seperti elektrik, air dan juga makanan, selepas Israel bertindak kejam memotong bekalan ke sana.

Susulan perkara itu, ramai rakyat Malaysia mula melancarkan tabung derma buat rakyat Palestin agar sumbangan itu dapat membantu meringankan beban mereka di sana.

Tampil dengan koleksi ‘The Palestine dUCk’

Namun sebuah jenama tempatan ini iaitu, dUCk tampil dengan cara sokongan yang berbeza apabila tampil mengeluarkan koleksi produk (pre-order) dengan tema ‘The Palestine dUCk’.

Antara produk yang dikeluarkan adalah tudung, cawan serta tas tangan yang dihiasi dengan #ISTANDWITHPALESTINE.

Tindakan keluarkan koleksi produk tema Palestin mendapat kecaman ramai

Walau bagaimanapun, tindakan jenama tempatan itu melancarkan produk susulan daripada peperangan yang terjadi telah mendapat kecaman daripada orang ramai.

Malah ada yang merasakan harga yang diletakkan untuk barang terbabit adalah mahal selain disifatkan sebagai pemasaran yang tidak wajar dan ‘opportunist’.

“Daripada beli ni baik menyumbang secara terus ke tabung tu”

“Jual design Palestin tapi harga Yahudi”

Vivy Yusof tampil beri penjelasan, tak ambil keuntungan dari setiap jualan

Sedar perkara itu mula menjadi perbincangan hangat orang ramai di media sosial, pengasasnya iaitu Vivy Yusof telah tampil menjelaskan pihaknya tidak mengambil sebarang keuntungan daripada penjualan semua koleksi berkenaan.

Jelas Vivy setiap keuntungan daripada koleksi dUCk Palestine akan disalurkan ke tabung Viva Palestina Malaysia (VPM) untuk membeli bekalan perubatan, tempat tinggal, makanan dan kos perubatan.

“Ia juga tidak mempunyai bayaran balik cukai dan perkara itu boleh disemak dengan VPM.

“Ramai yang telah meminta kami untuk mengeluarkan semula koleksi ini kerana mereka ingin memakainya sebagai salah satu cara menunjukkan solidariti kepada Palestin.

“Apabila mereka memakainya ia dapat membantu menyebarkan kesedaran mengenainya. Kami hanya memberikan cara (tanpa mengaut keuntungan darinya) kerana itu juga menyebarkan kesedaran,” tulis Vivy menerusi satu muat naiknya di IG Story.

Boleh buat sumbangan secara terus melalui NGO

Menurut usahawan itu lagi, orang ramai juga boleh membuat sumbangan secara terus kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) jika tidak mahu membeli koleksi tersebut.

“Sila lakukannya, kerana perkara itu turut dinyatakannya dalam hantaran yang dimuat naik selama 4 hari dan dUCk turut mengatakan mengenainya dalam setiap hantaran.

“Kami juga menyediakan maklumat akaun bank buat anda, mari teruskan membantu Palestin,” ujarnya.

Cara tersendiri tunjuk sokongan kepada Palestin

Vivy dalam satu lagi hantaran di IG Story turut menunjukkan dirinya memakai tudung bertema bendera Palestin dan menyatakan itu adalah caranya menunjukkan sokongan dengan cara lantang dan bangga.

“Hari ini, seorang wanita datang kepada saya dan menyatakan ‘saya suka dengan tudung untuk Palestin, di mana boleh saya membelinya?’

“Setiap orang boleh menunjukkan cara sokongan dalam banyak cara. Menyumbang kepada NGO, memberi kata-kata, dan memakainya sebagai tanda sokongan juga.

“Ini kerana anda mungkin akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut menyertainya, tidak kiralah Muslim mahupun tidak.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.