Baru sahaja melancarkan koleksi terbaharunya, The Artsy Duck pada malam selasa lalu, jenama dUCk Scarves sekali lagi menjadi bualan mulut netizen apabila didakwa menciplak hasil kerja seni seorang pereka tempatan, Nia atau lebih dikenali dengan nama pentas, Sleepylllama
Nia yang membawa jenama Sleepystudio dalam satu posting di IG Story mendakwa produk baharu dUck tersebut adalah sama dengan koleksi yang dihasilkannya secara kolaborasi dengan Soonaru, satu lagi jenama tempatan pada dua tahun lalu.
Perkongsian ini menarik minat netizen, lebih-lebih selepas Nia bertindak membuat perbandingan antara dua produk tersebut. Malah Nia juga membandingkan konsep photoshoot yang digunakannya dengan konsep yang digunakan dUCk scarves semalam.
Tidak menunggu lama, pemilik dan pengasas dUCk scarves, Vivy Yusof kemudiannya tampil menyangkal dakwaaan tersebut.
Menerusi IG Story Vivy turut memaklumkan koleksi terbaru itu adalah rekaan asli dan pernah digunakan untuk satu produk dUCk terdahulu iaitu peralatan tulis, Threesome Pen
Tambah Vivy lagi, idea ini sudahpun dibincangkan pada Jun 2018 sedangkan produk Nia hanya dilancarkan pada bulan disember tahun yang sama .
Vivy turut berkongsi screenshot perbualan emel bertarikh 22 Jun 2018 sebagai bukti kenyataannya.
Nia kemudian bertindak membalas kembali kenyataan Vivy. Menurutnya produknya memang dilancarikan pada bulan disember namun persediaan dan diskusi mengenainya sudahpun bermula pada bulan Mei.
Dia turut mengemukan screenshoot perbualan emel dengan tarikh 21 Mei sebagai bukti kenyataannya
Perang mereka ini menjadikan medan sosial umpana medan perdebatan apabila pelbagai pendapat dan respons yang dikeluarkan netizen.
Ada yang bersetuju dengan Vivy dengan mengatakan rekaannya berbeza dan ada juga yang menyebelahi Nia dan bersetuju dengan dakwaannya.
Satu yang pasti kejadian ini bukan yang pertama bagi Vivy dan teamnya, mereka sebelum ini pernah terpalit dengan satu lagi isu sama dimana orang ramai mendakwa produk turban mereka meniru koleksi tudung jenis turban terkemuka Ilham Echenta.
Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…
Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.
Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…
Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.
Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…
Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…