Pemimpin Protes ‘Anti Lockdown’ di AS Kini Kuarantin Diri Selepas Positif Covid-19

Amerika Syarikat (AS) sebelum ini mengejutkan dunia selepas ribuan rakyat mereka mengadakan protes membantah perintah berkurung yang dilaksanakan kerajaan mereka dalam menangani wabak covid-19

Ini kerana bantahan tersebut dilihat tidak wajar dan tidak masuk akal memandangkan AS adalah negara paling terjejas teruk dengan kes positif mencecah 1 juta orang manakala angka korban terus meningkat kepada 60,000.

Terbaru, tidak sampai seminggu demonstrasi tersebut dijalankan, pemimpin gerak tersebut, Audrey Whitlock disahkan positif dan sedang menjalani kuarantin diri dirumah.

Foto : Getty image

Lantaran itu, dia gagal menyertai dua lagi protes besar yang telah dirancangnya sebelum ini di Raleigh, North Carolona

Whitlock menerusi Facebook bagaimanapun dilihat masih tidak ‘luntur semangat’ selepas memuat naik perkongsian di Facebook miliknya menyokong protes terbaru diteruskan.

Malah, dia turut meluahkan rasa kecewanya dengan mendakwa kerajaan AS telah mencabuli haknya dengan memaksa dirinya menjalani kuarantin di rumah.

“Saya diarahkan oleh kerajaan untuk tidak melibatkan diri dengan berada di tempat awam. Dengan ini mereka telah melanggar hak pindaan pertama negara ini.” tulisnya di Facebook

Geng anti protes yang terdiri dari pasukan perubatan cuba menghalang demonstrasi tempoh hari

Rakan penganjurnya, Ashley Smith yang ditemubual media turut berkongsi perkara sama. Menurutnya walaupun rakannya itu gagal hadir, dia dan yang lain tetap akan meneruskan gerakan tersebut

Terdahulu Rumah putih mengumumkan tempoh berkurung di Amerika Syarikat dilanjutkan ke 8 Mei ini selepas negara itu mencatatkan peningkatan kes yang begitu mendadak.

Recent Posts

  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

42 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

55 mins ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

3 hours ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

4 hours ago
  • Trending

“Menu Rare” – Ramai Teruja Cikgu Buat Tosei Semasa Sambutan Hari Raya Di Sekolah [Video]

Menerusi video, kelihatan Cikgu Inthira memasak sendiri hidangan tosei sambil dibantu oleh pelajar lain semasa…

6 hours ago