Foto Tular Depan Kedai Pajak Gadai Buat Netizen Sedih , Ramai Titip Doa Buat Mereka Yang Teruk Terkesan

Semalam menandakan berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan telah di gantikan dengan PKP Bersayarat (PKPB).

Ini bermakna orang awam diberikan kelonggaran untuk kembali keluar selepas 47 hari ‘tersadai’ di rumah susulan pelaksanaan PKP dalam menangani wabak Covid-19.

Pelaksanaan PKPB ini juga bertujuan untuk membuka semula ekonomi (ecomony restart) secara tidak langsung membenarkan pengoperasian kembali premis perniagaan yang turut ditutup .

Namun disebalik hari pertama pelaksanaan tersebut, tular di media sosial terutamanya di Twitter foto-foto yang memperlihatan keadaan orang ramai yang beratur panjang di beberapa kedai pajak gadai di seluruh negara.

Antara foto yang menarik perhatian orang ramai adalah perkongsian oleh individu yang menggunakan handle Friends of Joni dipercayai diambil di Sg Way, Petaling Jaya

. Bersama gambar tersebut pengguna ini turut memuat naik Tweet yang tertulis : “Sedih je tengok orang beratur panjang kat kedai pajak gadai. Harap harap tak gadai barang kemas kahwin”

Situasi berkenaan membuatkan ramai netizen menzahirkan rasa simpati mereka atas apa yang berlaku tidak kurang juga yang mendoakan agar urusan kesemua mereka yang berada di dalam foto tersebut dipermudahkan.

” Sedih tengok semua ni. Kita tak tahu apa yang telah ibu bapa kita korbankan demi memastikan kita di rumah cukup makan. Semoga dimudahkan segala urusan” tulis seorang pengguna

“Tuhan, mudahkan urusan mereka. Hari pertama dibenarkan beroperasi, kebanyakan kedai pajak penuh. Moga baik-baik saja,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.

“Ya Allah sedihnya tengok, dalam kita duk shopping ada orang sampai bergadai sana sini nak teruskan hidup,” kata seorang lagi pengguna Twitter.

Dalam masa sama, ada juga yang memberikan pendapat bahawa inilah sebenarnya kelebihan memiliki barangan kemas iaitu digunakan ketika keadaan memerlukan.

Namu satu yang pasti apa sahaja respons yang diberikan, kesemua mereka mengambil kesempatan mendoakan agar mereka yang terkesan akan dipermudahkan urusan .

Dibawah kami kongsikan beberapa lagi foto yang dimuat naik pengguna Twitter yang memperlihatkan suasana yang hampir sama.

Foto : Friends of Joni & the friend

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

8 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

9 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

9 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

10 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

11 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

12 hours ago