Sekian Lama Bermegah, Jenama ‘Fake’ Supreme Kalah Di China

Jenama pakaian streetwear ‘Supreme’ bagaikan satu fenoma sebelum ini, bukan sahaja diminati orang muda malah turut dipromosikan golongan selebriti tempatan juga antarabangsa.

Namun tidak ramai yang menyedari, melainkan anda memang kaki fesyen dan sentiasa peka dengan perkembangan dunia fesyen, jenama Supreme yang banyak terjual di seluruh dunia ketika ini merupakan jenama tiruan iaitu Supreme Italia milik syarikat International Brand Firm (IBF) yang berpangkalan di Itali dan didaftarkan di UK.

“Oh saya beli baju saya di Spain! Europe kot!”

Maaf! Jenama asal Supreme iaitu Supreme New York hanya berada di London (UK) dan Paris (France) bagi pasaran Eropah selebihnya di Jepun dan Amerika Syarikat. Selain dari itu, selamat untuk dikatakan ianyalah adalah dari jenama ciplak.

Foto: Supreme

Supreme ‘asli’ hanya mempunyai 12 outlet di SELURUH dunia

Malah secara keseluruhannya , jenama original Supreme hanya mempunyai 12 buah cawangan atau kedai di seluruh dunia. Memang boleh dikategorikan ‘malu-malu kucing’ bukan?

Jangan risau bukan anda sahaja tertipu, syarikat gergasi Korea Selatan, Samsung juga pernah tertipu dan nyaris berkolaborasi dengan mereka. Ini kerana Samsung menyangkakan mereka sedang berurusan dengan Supreme New York yang diasaskan James Jebbia sebelum bertindak membatalkan kolaborasi tersebut.

Selebihnya adalah ciplak dengan butik terbesar di China

Menariknya tahun lalu, IBF telah mmembuka satu butik ‘Flagship’ Supreme Italia sebesar 3 tingkat di Shangai dalam mengembangkan empayar mereka ke Asia.

Tindakan berani mati mereka ini bukan sahaja menarik perhatian seluruh dunia malahan menaikkan kemarahan James Jebbia.

” Ini adalah sesuatu yang baru oleh perusahaan jenayah ini – si penipu dan peniru” jelas Jebbia dalam satu temuramah bersama Business of Fashion.

Bahkan media di China menyelar tindakan syarikat berkenaan seolah sengaja menjatuhkan nama China di pandangan masyarakat luar.

Taktik kotor IBF kantoi dan kini tidak dapat bermegah lagi

Terbaharu taktik kotor IBF dilihat sudah terbantut selepas pihak berkuasa China meluluskan permohonan hak Trademark oleh Supreme New York bagi pasaran di sana.

Malah kerajaan China meluluskan kebenaran Supreme untuk melantik seorang wakil legit check  bagi produk mereka sana.

Ini bermakna, China kini hanya membenarkan penjualan produk jenama Supreme yang asli sahaja disana memaksa penutupan semua kedai milik IBF di China.

Ini merupakan satu tamparan hebat buat IBF yang sebelum ini mendakwa mereka memegang hak trademark Supreme di negara republik tersebut. Mereka bukan sahaja dimalukan, malah pasti menanggung kerugian yang besar selepas semua kedai mereka diarahkan tutup di sana.

Secara tidak langsung ini menambah bilangan koleksi hak pendaftaran milik Supreme di seluruh dunia.

Foto Header Credit: HypeBeast

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

22 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago