Ini Senarai Platform Bayar Zakat Fitrah Secara Online

Kita sudah menghampiri penghujung ramadan, ini bermakna anda mempunyai sedikit sahaja masa lagi untuk membuat pembayaran zakat fitrah memandangkan zakat harus dilakukan sebelum terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

Memandangkan kita masih lagi dalam tempoh pelaksaanan PKPB maka segala urusan membabitkan zakat harus dilakukan secara online.

Persoalannya dimana?

Jadi bagi memudahkan urusan semua orang untuk menunaikan kewajipan mereka di bawah kami senaraikan platform pembayaran zakat secara atas talian yang sudah tersedia untuk anda gunakan mengikut 3 pecahan iaitu Platform E-wallet, Platform Perbankan dan Platform Rasmi Pungutan Zakat mengikut negeri :

Platform E-Dompet /E-wallet

1.Aplikasi SnapNPay

Negeri : Kuala Lumpur , Perak, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Pulau Pinang, Perlis, Sarawak & Sabah

SnapNPay adalah satu aplikasi mudah alih yang membolehkan pengguna membuat transaksi tanpa tunai secara dalam talian dengan cara mengimbas kod QR ataupun kod bar menerusi peranti pintar.  Aplikasi ini dapat memudahkan pengguna membuat pembayaran zakat dengan pantas dan efisien.

Melaluinya, pengguna hanya perlu mendaftar akaun seterusnya mengimbas kod yang disediakan oleh pusat zakat mengambil bahagian. Kemudian, proses pembayaran akan disambungkan secara terus ke portal pusat zakat yang dipilih oleh pengguna. Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi menerusi Google PlayStore atau Apple AppStore. Ketersediaan aplikasi adalah percuma. Berikut adalah cara penggunaan :

  • Langkah 1 : Muat turun aplikasi SnapNPay menerusi Google PlayStore atau Apple AppStore
  • Langkah 2 : Daftar akaun SnapNpay anda
  • Langkah 3 : Tekan pada butang Zakat Fitrah 1441 > pilih pusat zakat anda  / imbas kod QR yang disediakan oleh pusat zakat dipilih
  • Langkah 4 : Masukkan maklumat diperlukan, semak & tekan bayar untuk membuat pembayaran

Remarks : Resit pembayaran akan dihantar ke email yang didaftarkan.

2.GoPayZ

Negeri : Kuala Lumpur , Selangor, Perak, Kedah

 GoPayz adalah aplikasi e-wallet yang disediakan oleh U Mobile dalam usaha memudahkan transaksi tanpa tunai di kalangan pengguna.

Menerusi aplkikasi ini anda bukan sahaja boleh membayar zakat fitrah, malahan pembayaran zakat lain termasuk pendapatan, perniagaan, simpanan, saham, emas dan harta. Dalam erti kata mudah, semua dalam satu aplikasi sahaja.

Proses pembayaran boleh dibuat menerusi aplikasi ataupun laman web GoPayz. Cara penggunaan menerusi aplikasi adalah seperti berikut :

  • Langkah 1 : Muat turun aplikasi GoPayz menerusi Google PlayStore & Apple App Store
  • Langkah 2: Daftar masuk GoPayz
  • Langkah 3: Tekan Services > Islamic > Zakat > Lembaga Zakat Selangor
  • Langkah 4: Lengkapkan butiran / maklumat yang diminta
  • Langkah 5: Kemudian anda akan dibawa ke laman “Lafaz Niat Bayar Zakat” & tekan “Terus Bayaran”
  • Langkah 6: Pilih cara pembayaran untuk lengkapkan transaksi

Remarks : Resit pembayaran akan diberikan ke alamat emel yang didaftarkan

3.Aplikasi Boost

Negeri : Kedah, Selangor, Pahang, Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya

Perkhidmatan ini boleh digunakan oleh kesemua pengguna Boost termasuk pengguna basic dan premium. Anda boleh membuat pembayaran dengan hanya menambah nama, nombor kad pengenalan dan juga nombor telefon bimbit untuk dua jenis zakat iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta.

Yang menariknya, aplikasi ini turut memaparkan maklumat berkaitan harga beras secara langsung.

Aplikasi Boost boleh dimuat turun menerusi Google PlayStore dan Apple App Store.

Cara penggunaan adalah :

  • Langkah 1 : Muat turun aplikasi Boost menerusi Google PlayStore & Apple AppStore
  • Langkah 2 : Pada paparan utama, klik pada tab zakat
  • Langkah 3 : Tambah akaun zakat baru & klik pada tab “+” untuk meneruskan
  • Langkah 4 : Lengkapkan maklumat diperlukan & klik butang “Save & Pay Zakat”
  • Langkah 5 : Masukkan pin 6 digit atau gunakan pilihan keselamatan biometrik untuk pengesahan

Remarks : Resit pembayaran akan diberikan ke alamat emel yang didaftarkan

Platform Perbankan

1. Portal MyEG (Perlu Mendaftar)

Negeri : Kuala Lumpur, Selangor, Sarawak, Kedah, Negeri Sembilan & Sabah 

MY E.G. Services Berhad (MyEG) kini turut menyediakan kemudahan pembayaran zakat fitrah secara dalam talian kepada semua. Ia bertujuan memudahkan pengguna membuat pembayaran zakat dengan lebih selesa dan boleh dilakukan pada bila – bila masa. Bagaimanapun, pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan ini perlu memiliki akaun berdaftar di portal MyEG terlebih dahulu sebelum meneruskan pembayaran.

Proses pembayaran boleh dibuat menerusi dua kaedah iaitu secara perbankan dalam talian (pemotongan secara langsung daripada akaun bank) ataupun kad kredit. Untuk lebih mudah, pengguna juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih MyEG menerusi Google PlayStore yang mana ketika ini hanya tersedia buat pengguna Android sahaja. Cara penggunaan adalah seperti berikut:

  • Langkah 1 : Pergi ke laman web MyEG / Muat turun aplikasi MyEg menerusi Google PlayStore
  • Langkah 2 : Sekiranya anda pengguna kali pertama, sila daftar dengan laman web
  • Langkah 3 : Log masuk dengan ID Pengguna dan kata laluan anda
  • Langkah 4 : Pilih aplikasi ZAKAT & pilih agensi zakat dikehendaki
  • Langkah 5 : Pilih pautan yang disediakan untuk menganggarkan / membuat pembayaran dalam talian

Nota kaki : Resit transaksi yang dicetak oleh MyEG digunakan untuk pengesahan yang merujuk kepada pembayaran sahaja. Resit transaksi ini BUKAN resit pembayaran rasmi. Resit rasmi akan dihantar ke alamat pengguna dalam masa 14 hari bekerja.

2. Pay Halal (Tak perlu daftar)

Negeri : Kuala Lumpur Sahaja


3. Pos Online

Negeri : Kuala Lumpur & Selangor

Selain dua platform di atas, POS Online turut menerima pembayaran zakat menerusi laman web POS Malaysia. Bagaimanapun, pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan ini perlu memiliki akaun berdaftar di portal berkenaan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembayaran.

Cara penggunaan adalah seperti berikut :

  • Langkah 1 : Pergi ke laman web POS Online
  • Langkah 2 : Sekiranya anda pengguna kali pertama, sila daftar akaun terlebih dahulu
  • Langkah 3 : Log masuk dengan ID Pengguna dan kata laluan anda
  • Langkah 4 : Pilih “Open Bill Payment” & pilih agensi zakat dikehendaki
  • Langkah 5 : Pilih jenis zakat yang ingin dibayar di dalam senarai tersedia
  • Langkah 6 : Lengkapkan maklumat yang diperlukan & tekan butang “Add To Cart”
  • Langkah 7 : Tekan butang “Proceed to Checkout” sekiranya anda sudah pasti dengan transaksi yang dibuat
  • Langkah 8 : Pembayaran boleh dibuat menggunakan saluran tersedia sahaja & tekan butang submit

Pastikan untuk mencetak resit pembayaran sebagai rujukan anda sebelum menamatkan transaksi

4. Perbankan Atas Talian (Online Banking)

Zakat juga boleh dibayar melalui sejumlah bank terpilih yang dilantik. Namun pembayaran melalui kaedah ini terbuka kepada pengguna yang mempunyai akaun simpanan atau semasa dengan agen kutipan yang dilantik dan mendaftar sebagai pengguna kemudahan perbankan Internet.

Laman Rasmi Pusat Pungutan Zakat

Semenanjung Malaysia

WILAYAH PERSEKUTUAN – RM5 / RM7     : 
Laman : Portal PPZ-MAIWP

SELANGOR – RM7 / RM14 / RM21     : 
Laman: Lembaga Zakat Selangor

KELANTAN – RM7 / RM14 / RM21   : 
Laman : Zakat e-Maik.my

JOHOR – RM7 / RM10
Laman :Portal Johor Online Payment

KEDAH – RM5 / RM7 / RM14 / RM21
Laman  : Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman
Aplikasi   : Zakat On Touch  

MELAKA – (RM7 / RM14)
Laman:  Laman sesawang izakat.com

NEGERI SEMBILAN – RM7 
Laman   : Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan MAINS

PAHANG – RM7
 Laman : Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 

PERAK – (RM7 / RM14 / RM21) 
Laman : Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak

PERLIS – RM7 
Laman : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)

PULAU PINANG – RM7 / RM16
Laman   : Portal Zakat Pulau Pinang

TERENGGANU – RM7
Laman : Majlis Agama Islam & Adat Melayu Terengganu 

Sabah Sarawak

SABAH – RM6 / RM7.50
Laman : Portal Zakat Sabah

SARAWAK  – RM7
Laman   : Tabung Baitulmal Majlis Islam Sarawak 

Recent Posts

  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

1 hour ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

1 hour ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

3 hours ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

5 hours ago
  • Trending

“Menu Rare” – Ramai Teruja Cikgu Buat Tosei Semasa Sambutan Hari Raya Di Sekolah [Video]

Menerusi video, kelihatan Cikgu Inthira memasak sendiri hidangan tosei sambil dibantu oleh pelajar lain semasa…

6 hours ago