Pengadu Tarik Laporan, Kes Tendang Rider Makanan Selesai ?

Sejak semalam tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan seorang rider penghantar makanan wanita dikasari ditendang berkali kali sehinga jatuh oleh seorang lelaki di sebuah premis di Bandar Puteri, Puchong

Dalam masa sama terdapat satu lagi video dipercayai wajah lelaki berkenaan yang dirakam oleh saksi iatu rakan-rakan penghantar makanan tadi yang berang selepas rakan mereka diperlakukan sedemikian

Memetik Harian Metro, sumber menyatakan kejadian berlaku disebabkan rasa tidak puas hati lelaki apabila wanita berkenaan yang menunggang motosikal telah memotongnya ketika dia ingin membuat pusingan

Mangsa ditendang jatuh & buat laporan di balai polis

Tambah sumber lagi, susulan dari kejadian tersebut, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Puchong dan sudah di rakam keterangannya

“Akibat kejadian, lelaki terbabit menunjukkan isyarat lucah sebelum bertindak menolak mangsa.

“Mangsa turut ditendang sebanyak tiga kali di bahagian pinggang menyebabkan dia jatuh,” katanya.

Tarik kembali laporan

Namun pengadu kemudian bersetuju menyelsaikannya secara baik dan menarik kembali laporannya.

“Kedua-dua individu berkenaan sudah dirakam keterangan dan pengadu bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan secara baik serta menarik balik laporan polis yang dibuat,” katanya.

KP Daerah Serdang sahkan terima laporan

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan dalam kenyataannya mengesahkan, kedua-dua pihak sudah dipanggil dan dirakamkan percakapan

Tambahnya kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK).

Minta semua bertenang

“Siasatan mendapati dalam kejadian itu terdapat perselisihan faham antara kedua-dua individu terbabit. Namun, tiada kecederaan dialami kedua pihak.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan dan diminta semua pihak bertenang dan tidak mengeluarkan komen yang boleh memecahkan keamanan dan mendatangkan kegusaran awam,” katanya.

Namun lain ceritanya di media sosial

Namun cerita ini dilihat berbeza selepas tular satu screenshot perbualan whatsapp yang menyatakan sebaliknya. Wanita berkenaan difahamkan terpaksa menarik kembali report memandangkan perkara ini turut membabitkan rakan-rakan rider lain yang sebelum ini berkumpul untuk membantunya di tempat kejadian

Jadi bagi mengelakkan rakan-rakan sekerjanya ditahan reman, wanita tersebut telah menarik semula laporan terhadap lelaki terbabit atas saranan pihak polis yang menguruskan perkara terbabit.

Di lihat ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju apabila si pelaku yang menendang dilepaskan begitu sahaja.

Recent Posts

  • Trending

Gagal Bakar Sarang Tebuan, Gelagat Bapa & Anak Lari Lintang Pukang Buat Ramai Terhibur [Video]

Melalui video tersebut, kedengaran lelaki warga emas itu memberikan arahan kepada anaknya untuk sama-sama membakar…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Polis Buru Pemilik Akaun Media Sosial Timbulkan Kebencian Kepada Pemain Bola Sepak – Saifuddin

Menurut Menteri Dalam Negeri itu, pengendali akaun media sosial terbabit didapati mengulas setiap gerak geri…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

Ini Penjelasan Doktor Tentang Asid Sulfurik Pekat Yang Banyak Digunakan Dalam Bahan Binaan

Jelas Dr Wan Syazli, asid sulfurik tidak sama seperti asid yang ada di rumah kerana…

2 hours ago
  • Trending

Majikan Kecewa, Staf Baru Tak Dapat Datang Kerja Dengan Alasan ‘Ayah Tak Dapat Hantar’

Pekerja itu juga turut menolak cadangan menggunakan pengangkutan awam kerana ibunya tidak pernah membenarkan berbuat…

3 hours ago
  • Dunia
  • Trending

AstraZeneca Tarik Semula Vaksin COVID-19 Keluarannya Di Seluruh Dunia

Menurut AstraZeneca, pihaknya juga akan meneruskan untuk menarik semula kebenaran pemasaran vaksin Vaxzeria di Eropah.

3 hours ago
  • News
  • Trending

Tular Video Kaunter Banjir Kerana Syiling Bocor, Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ KL Ditutup Sementara

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy kerja baik pulih akan dilakukan di…

4 hours ago