“Kalau Boleh Jalan Mesti Aku Yang Bawa” – Pemuda Kelainan Upaya Terharu Isteri Redah Bawa Motor KL – Ipoh

Sejak semalam tular satu tweet dimana seorang wanita meredah lebuhraya dengan menaik motorsikal sambil dirakam oleh suaminya yang memandu kereta di belakangnya

Tweet tersebut bagaimanapun menimbulkan tanda tanya kenapa harus si isteri yang menunggaang motorsikal dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan bukannya suami?

Disebalik kisah yang tular tersebut, si suami , Muhamad Firdaus Ibrahim sebenarnya adalah seorang lelaki kelainan upaya yang juga merupakan atlet tenis paralimpik negara dan isterinya Siti Fatimah Mohd Nor.

Hati isteri yang kental

Menerusi Twitter Firdaus yang lumpuh kedua belah kakinya selepas terlibat dalam satu kemalangan sewaktu berusia 16 tahun menjelaskan begitu terharu dengan kekentalan hati isterinya sanggup meredah sejauh itu .

“Salute to my wife , bawak motor dari KL ke Ipoh. Kental sungguh hatinya. What do I deserve to have her in my life.

Difahamkan pasangan ini telah berpindah ke Ipoh kerana mendapat pekerjaan baru, namun disebabkan PKP motor tersebut terpaksa ditinggal di KL sebelum ini.

“Jadi kami merancang untuk pindah bulan April lalu, namun disebabkan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) kami terpaksa tangguh.

“Now dah boleh rentas negeri jadi kami pun buatlah keputusan untuk pindah barang. Cuma motosikal tu isteri tawar untuk bawa balik sendiri,” 

Tambah Firdaus lagi , dia bersetuju membenarkan isterinya memandangkan isterinya sudah biasa menunggang untuk perjalanan jarak jauh.

“Isteri kata dia dah biasa ‘ride’ jauh-jauh waktu zaman belajar dulu. Selalu ulang alik dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke kampungnya Marang,Terengganu. Orangnya kecil, tapi berjiwa besar

Ikut rapat dari belakang

“Saya follow dari mula hingga ke rumah. Kalau ikut meter kereta, saya pandu dalam 60 ke 70 kilometer sejam. 

“Saya akan berada di belakang dia dalam jarak 100 meter . Kalau banyak sangat kereta beratur belakang, baru saya laju sikit.  Lepas tu saya berhenti dan tunggu dia pintas saya semula,” katanya lagi.

Namun tindakan si isteri sebenarnya membuatkan Firdaus sebak dan serba salah.

“Saya rasa kesian dekat dia, banyak kali saya mintak maaf . Banyak kali saya ucap terima kasih kerana sanggup susah senang.

“Ada netizen yang tertanya mengapa tidak pos saja motosikal, namun memang isteri yang tawar daripada awal kami nak pindah barang.  

“Cuma dia mintak saya follow dia dari belakang. Minta teman, kalau tak dia tak mahu,” katanya.

Dilihat pada ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan semangat si isteri. Ramai juga yang mendoakan kebahagian pasangan berkenaan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

27 mins ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

1 hour ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

2 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

3 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

4 hours ago
  • Trending

“Pelik Tapi Benar” – Rakaman Cara Ular Panjat Pokok Raih Perhatian Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas memanjat pokok berkenaan meskipun tidak punyai…

5 hours ago