Dapat Tawaran RM25K Untuk Jadi ‘Escort’ Semalam, Ini Respon Win Fizo Omar

Rasanya umum mengetahui media sosial antara platform paling banyak digunakan scammer untuk mencari dan menipu mangsa.

Malah ianya dilihat semakin tidak terkawal dengan kedatangan bot lucah juga bot pengumpul duit lama yang kerap ‘menyerang’ ruangan komen dan direct message (DM) yang begitu menyakitkan mata.

Namun kisah Fizo Omar menerima DM dari seseorang yang dirasakannya seorang scammer telah menarik perhatian ramai apabila individu terbabit yang pastinya menggunakan ‘fake account’ sanggup membuat tawaran sebanyak RM25,000 hanya untuk menjadikan Fizo Omar teman satu malam dengan seorang individu ketiga

Wow Dapat Job RM25K

“Wow dpt job! RM25,000 satu malam

“Saya pasti ini adalah penipuan, tapi bukan pertama kali saya dapat kiriman mesej sebegini menerusi Instagram.

“Kadang-kadang terfikir juga apa motif mereka ni? Ada tu siap minta nombor akaun nak masukkan duit dulu kemudian baru jumpa depan-depan ” tulisnya sebagai kapsyen.

Barang recond macam saya

Dia turut menyoalkan statusnya sebagai duda telah ditawarkan begitu tinggi bagaimana pulak dengan mereka yang masih bujang terutamanya kaum wanita

“Barang recond macam saya ni pun ada harga, kalau yang brand new & ladies plak tak tau la berapa kan?

Menerusi posting sama, bekas suami kepada usahawan fesyen, Mawar Karim itu telah berkongsi perbualan DM diantara individu terbabit bersamanya.

Respon Win dari Fizo Omar

Yang menjadi perhatian adalah respon win yang digunakan oleh Fizo sewaktu membalas DM tersebut

“Adakah kamu mahu meluangkan masa dimana Mummy akan bayar RM25000 untuk satu malam” soal scammer terbabit

Ianya kemudiannya dijawab secara santai oleh pelakon kacak ini

” Oh bunyi nya macam Cool.. Takpelah, Terima kasih kerana bagi tawaran tapi saya rasa baik awak maklumkan pada ‘mummy’ (itu) untuk dermakan sedikit wangnya kepada mereka yang lebih memerlukan”

Jawapan yang memang padu dan makan dalam meskipun Fizo beranggapan individu terbabit adalah dari sindiket penipuan.

Namun bayangkan sekiranya ianya bukanlah satu sindiket penipuan sebaliknya sindiket escort ‘lelaki’ pasti pedas ayat tersebut bukan?

Apa-apa pun jawapan Fizo memang win habis, malah penggunaan ayat ‘Recond’ pun memang sempoi haha

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

22 hours ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

23 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

23 hours ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

1 day ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

1 day ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

1 day ago