Al Jazeera Nafi Dakwaan Dokumentari Mereka Tidak Tepat, Sedia Temuramah Wakil Kerajaan Malaysia

Selepas diasak untuk membuat permohonan maaf kepada Malaysia susulan penerbitan Dokumentari Locked Up In Malaysia’s Lockdown menerusi program 101 East yang disifatkan tida tepat,  Al Jazeera akhirnya mengeluarkan kenyataan berhubung perkara terbabit di laman web mereka

Menerusi kenyataan tersebut agensi berita antarabangsa itu tetap dengan pendirian mereka bahawa laporan menerusi dokumentari terbabit berpegang kepada profesionalisme, kualiti dan kewartawanan yang tidak berat sebelah.

Al Jazeera iktiraf Malaysia berjaya bendung Covid-19

Malah dokumentari tersebut jelas mengiktiraf usaha Malaysia dalam mengawal Covid-19 malah ia turut mendapat pandangan dari petugas barisan hadapan.

Namun mereka menekankan dokumentari itu tidak sedikitpun mengandungi pendapat peribadi pekerja mereka

As stated clearly in the film, Al Jazeera acknowledges that Malaysia’s Covid-19 response has successfully contained the spread of the virus.

“Seperti yang dinyatakan di dalam program, Al Jazeraa mengiktiraf tindakan Malaysia berjaya membendung penularan wabak tersebut.

“Malah program tersebut jelas menunjukkan usaha kemanusiaan yang di lakukan organisasi Malaysia yang menyedia bantuan secara terus kepada pekerja migran yang memerlukan pertolongan”

“Episod ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’, mengandungi pandangan dan pengalaman individu daripada pelbagai latar belakang, termasuk doktor dan petugas barisan hadapan Malaysia.

“Episod itu juga tidak mengandungi pendapat peribadi daripada mana-mana kakitangan Al Jazeera,” katanya.

Pekerja migran dari Bangladesh ini juga kini menjadi buruan Imigresen Malaysia selepas difahamkan menghilangkan diri

“Masih menghasilkan dokumentasi seimbang berdasarkan sidang media”

Tambah mereka, meskipun berdepan beberapa kesukaran antaranya dalam menghubungi pegawai kerajaan Malaysia dan menyertai sidang media harian Menteri Kanan (Keselamatan) kerana hanya media rasmi yang dibenarkan namun mereka tetap menghasikan dokumentari yang seimbang

“Walaupun usaha menemubual pegawai kerajaan tidak berjaya, Al Jazeera masih manghasilkan dokumentasi yang seimbang dengan memasukkan kenyataan Menteri Kanan dari dua sidang medianya,” katanya.

Dalam pada itu mereka turut menzahirkan kebimbangan terhadap petugas mereka yang disiasat dan berharap pihak berkuasa Malaysia untuk memberhentikan siasatan jenayah berhubung dokumentari terbabit.

“Kakitangan Al Jazeera di Malaysia telah menjadi mangsa serangan siber termasuk ugutan bunuh, dan didedahkan maklumat peribadi mereka di sosial media”

Sedia menemuramah wakil kerajaan untuk memberi maklum balas

Di penhujung kenyataan tersebut mereka juga difahamkan bersedia untuk menemubual pegawai kerajaan Malaysia untuk memberikan maklum balas terhadap tuduhan yang dilontarkan didalam program tersebut

“Al Jazeera English sedia menemubual wakil kerajaan Malaysia yang ingin memberi maklum balas terhadap perkara yang ditimbulkan dalam dokumentari berkenaan,” katanya.

Jadi apa pendapat anda? Adakah anda berpuas hati dengan kenyataan tersebut ?

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

6 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

6 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

6 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

6 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

7 hours ago