86 Tahun Bergelar Muzium & Kembali Menjadi Masjid, Ini Sejarah Ringkas Hagia Sophia Yang Patut Anda Tahu

Buat mereka yang pernah ke Turki atau meminati sejarah pasti mengenali bangunan Ikonik Turki iaitu Hagia Sophia atau nama lainnya Aya Sofya yang terletak di Istanbul.

Namun semenjak beberapa hari lalu, namanya menjadi sebutan selepas Makhamah Tinggi Turki memutuskan bangunan bersejarah tersebut akan dibuka semula menjadi sebuah masjid selepas hampir 86 tahun memegang status sebagai muzium.

Perkara tersebut yang diumumkan Presiden Turki Recep Tayyip Erdoga mendapat sorakan gembira dari rata-rata rakyat mereka namun keputusan ini mungkin menimbulkan ketegangan bersama negara jiran, Greece .

Membawa maksud ‘kebijaksanaan dari Tuhan’ didalam bahasa Yunani, Hagia Sophia telah dibina pada kurun ke -6  di antara 532 hingga 537 M sewaktu pemerintahan Byzantine di era dinasti Justinian I.

Ianya dibina selepas Rusuhan Nika, satu rusuhan besar yang berlangsung beberapa hari yang telah menyebabkan 2 gereja terbesar di sana ranap dan hancur dibakar.

Hagia Sophia yang merupakan salah satu keajaiban seni bina dunia hanya mengambil masa 6 tahun untuk disiapkan dengan bantuan tenaga hampir 10,000 orang .Sepanjang tempoh tersebut namanya bertukar ganti diantaranya Anthemius of Tralles dan Isidorus of Miletus.

Namun sebelum bergelar masjid, Hagia Sophia merupakan sebuah gereja dan telah menjadi pusat Krisitian Ortodoks untuk beratus tahun lamanya.

Ia hanya bertukar menjadi masjid pada tahun 1453 sewaktu Uthmaniah menawan kota Istanbul yang dikenali sebagai Constantinople pada waktu itu

Semenjak dari itu Haqia Sophia menjadi rumah ibadah masyarakat islam dan bandar Constantinople berubah menjadi Istanbul.

Dalam masa sama arkitek-arkitek dari kerajaan Uthmaniah telah mengubah beberapa stuktur asalnya dan menutup segala simbol kristian yang terdapat pada bangunan tersebut sebelum turut menambah 4 menara tinggi disekeliling kubah tersebut.

Semenjak itu Hagia Sopia kekal sebagai rumah ibadah umat islam sehinggalah tahun 1935 di zaman pemerintahan Perdana Menteri Kamal Ataturk.

Kebangkitan Kerajaan Republik Turki di bawah pemerintahan Mustafa Kemal Ataturk di atas kejatuhan Empayah Uthmaniyah menyebabkan Masjid Aya Sofya bertukar statusnya kepada Muzium.

Semuanya atas desakan Kemal Ataturk yang mahukan Hagia Sophia menjadi pusat seni dan pusat ilmu yang memaparkan sejarah dan karya-karya lama dari Era Byzantine sehinggalah ke pemerintahan Uthmaniyah.

Tanggal 24 November 1934, Masjid Hagia Sophia berubah menjadi Muzium dan Kemal Ataturk di isytiharkan sebagai ‘Father Of Turks

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

15 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

16 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

16 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

16 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

16 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

16 hours ago