Gambar Jenazah Covid-19 Yang Dikongsikan Photographer Ini Buat Ramai ‘Meremang’

Rasanya umum mengetahui Indonesia adalah negara Asean paling teruk terkesan dengan penularan Covid-19.

Setakat semalam sahaja negara mereka telah merekodkan 81,668 kes positif dengan angka korban seramai 3,873 orang menerusi laporan oleh Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto.

Data tersebut menunjukkan betapa getirnya keadaaan yang sedang dialami oleh negara terbesar di Asia Tenggara itu.

Kita sebagai rakyat Malaysia pastinya mendoakan negara jiran ketika itu kembali pulih memandangkan kita sendiri pernah merasai pengalaman menakutkan sewaktu mencapai puncak takut sama seperti mereka beberapa bulan lalu.

Disebalik keadaan tersebut, seorang jurufoto dari Indonesia telah mencuri tumpuan netizen selepas dia memuat naik sekeping foto jenazah Covid-19 yang diambilnya untuk satu tugasan bersama National Geographic.

Sesi Fotografi paling menyayat hati

Menerusi instagram, Joshua Irwandi, turut mengingatkan orang ramai betapa bahayanya Covid-19 justeru mereka seharusnya berjaga-jaga dan mematuhi arahan pemerintah dalam mengawal penularan virus maut tersebut

Mengambil gambar korban koronavirus di Indonesia adalah satu sesi fotografi yang paling menyayat hati serta menakutkan yang pernah saya buat. 

“Apa yang berlegar dalam fikiran saya ketika itu, apa yang terjadi kepada individu ini mungkin terjadi kepada mereka yang saya sayang

Menerusi sesi photoshoot tersebut, jurufoto ini turut berkesempatan melihat secara langsung usaha tanpa henti pasukan kesihatan negara mereka dalam memastikan wabak tersebut dapat dikawal

“Saya telah saksikan bagaimana para doktor dan jururawat berterusan merisikokan nyawa mereka untuk menyelamatkan nyawa kita…”

“Mereka merupakan hero sebenar dalam kisah ini dan satu-satunya cara untuk menghargai kerja mereka ialah dengan mengikut nasihat mereka….”

Foto ini dikongsikan untuk memberi peringatan

Tambah pemuda ini, gambar ini dikongsikan sebagai peringatan kepada semua tentang bahaya Covid-19 yang mungkin berada di mana-mana

“Foto ini dikongsikan disini pada hari ini sebagai peringatan dan amaran tentang bahaya yang sentiasa wujud dan ada.

“Disaat kita sedang menghampiri gelombang kedua wabak ini, orang ramai harus sedar bahawa mereka tidak boleh memandang ringan akan perkara ini”

Recent Posts

  • Trending

Gagal Bakar Sarang Tebuan, Gelagat Bapa & Anak Lari Lintang Pukang Buat Ramai Terhibur [Video]

Melalui video tersebut, kedengaran lelaki warga emas itu memberikan arahan kepada anaknya untuk sama-sama membakar…

48 mins ago
  • News
  • Trending

Polis Buru Pemilik Akaun Media Sosial Timbulkan Kebencian Kepada Pemain Bola Sepak – Saifuddin

Menurut Menteri Dalam Negeri itu, pengendali akaun media sosial terbabit didapati mengulas setiap gerak geri…

1 hour ago
  • Info
  • Trending

Ini Penjelasan Doktor Tentang Asid Sulfurik Pekat Yang Banyak Digunakan Dalam Bahan Binaan

Jelas Dr Wan Syazli, asid sulfurik tidak sama seperti asid yang ada di rumah kerana…

2 hours ago
  • Trending

Majikan Kecewa, Staf Baru Tak Dapat Datang Kerja Dengan Alasan ‘Ayah Tak Dapat Hantar’

Pekerja itu juga turut menolak cadangan menggunakan pengangkutan awam kerana ibunya tidak pernah membenarkan berbuat…

2 hours ago
  • Dunia
  • Trending

AstraZeneca Tarik Semula Vaksin COVID-19 Keluarannya Di Seluruh Dunia

Menurut AstraZeneca, pihaknya juga akan meneruskan untuk menarik semula kebenaran pemasaran vaksin Vaxzeria di Eropah.

3 hours ago
  • News
  • Trending

Tular Video Kaunter Banjir Kerana Syiling Bocor, Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ KL Ditutup Sementara

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy kerja baik pulih akan dilakukan di…

3 hours ago