Isu cermin gelap atau lebih dikenali sebagai tinted walaupun sudah lebih setahun digubal dan diperjelaskan masih menimbulkan kekeliruan orang ramai.
Disebabkan kekeliruan ini ramai yang berdepan saman dari pihak berkuasa sedangkan ia tidak seharusnya timbul memandangkan pelbagai cara sudah digunakan antaranya dengan penggunaan infografik bergambar dan penerangan secara bertulis sejak Mei tahun lalu.
Namun kami faham, penggunaan ayat skema dan habis jujur untuk menerangkan sesuatu yang ‘kompleks’ pasti sukar difahami bukan?
Jadi untuk memudahkan anda faham isu ini, kami akan mengunakan bahasa santai dan bersifat campuran, atau dalam bahasa mudahnya bahasa rojak ok?
Jadi secara ringkasnya semua pemilik kenderaan persendirian (kereta anda sendiri, bukan kompeni) dah boleh pasang tinted ikut specification macam kat bawah ni:
Peratusan di atas ini ialah tahap telus atau tembus cahaya yang masuk ke dalam kereta, BUKAN peratusan gelap. Jadi kalau 70%, maknanya kadar gelap dibenarkan ialah 30% sahaja untuk cermin depan. (100- 70 = 30%) Harap maklum.
Kesemua di atas ini adalah had yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) jadi kalau anda ikut spesifikasi di atas ianya FREE, percuma dan tak perlu mohon apa-apa.
Pasang tinted, bayar kat kedai tu dan balik tidur. Tak perlu sibuk-sibuk nak pergi JPJ. Cuma pastikan tinted dari kedai tu mengikut spesifikasi JPJ lah.
Namun kalau korang ada keperluan untuk pakai cermin yang lagi gelap, pun dibenarkan , cuma perlu memohon terlebih dahulu.
Dan ada dua kategori iaitu :
Untuk kategori keselamatan, seperti VIP, orang kaya, orang yang berpengaruh dsb, mereka boleh memohon namun akan dikenakan bayaran RM 50 untuk membuat permohonan. Sekiranya lulus diorang perlu membayar lagi RM 5000.
Untuk kategori kesihatan pula, ianya percuma. Yelah dah orang tu sakit takkan nak caj pulak? Cuma mereka perlulah serta segala dokumen berkaitan kesihatan mereka sehinggalah JPJ semak patut atau tak patut
Dan faktor lain turut diambil kira antaranya latar belakang pemohon, yang ada rekod jenayah semestinya ditolak. Untuk anda yang mempunyai sebarang saman tertunggak turut diambil kira. Jadi sila bersedia.
Jadi secara ringkasnya patuhi undang-undang. Jangan dok salah kan JPJ dan PDRM. Mereka hanya menjalankan tugas.
Untuk penerangan secara video, ikuti penerangan oleh Abang Gan PanduLaju ni :
Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…
Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.
Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…
Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.
Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…
Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…