“Kenapalah Saya Tak Pakai Tudung Awal” – Ernie Zakri

Berita ‘penghijrahan’ penyanyi yang juga guru vokal, Ernie Zakri dengan mengenakan tudung benar-benar mengembirakan peminatnya. Malah ramai memberikan reaksi positif selepas dia mengumumkan perkara berkenaan.

Jelas Ernie pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan susulan penularan Covid-19 jelas menjadi hikmah untuknya mengenakan hijab.

Namun dalam masa sama dia agak menyesal kerana pernah mengangguhkan hasratnya untuk berhijab dek kerana kesibukan jadual kerja dan menunggu sehingga selesai Anugerah Juara Lagu ke-34 yang lalu.

Meskipun begitu penyanyi berbakat besar ini tetap bersyukur kerana diberikan hidayah untuk berhijab.

“Masa AJL haritu, sebenarnya memang dah niat nak pakai tudung tetapi saya lebih memikirkan tentang soal kerja masa itu. Dan benda itu adalah satu kesilapan saya juga.

“Sekarang saya terfikir kenapalah saya tak pakai tudung lebih awal. Saya hanya manusia biasa. Saya sebenarnya rasa lagi bersyukur yang Allah berjaya buka hati saya,” katanya kepada Media Hiburan.

Enggan menoleh ke belakang, Erni juga berharap dia akan terus istiqamah dalam menjaga auratnya selepas diberikan kesempatan dan hidayah untuk berubah.

“Lepas AJL, masa PKP ni yang meletakkan tanda untuk saya bertudung kerana timbul rasa ketakutan pada saya what if this is the end of the world. Sempat ke aku ni.

“Sedikit sebanyak benda tu mendorong saya untuk lebih berani dan Alhamdulillah lepas saya sarung je tidak ada apa-apa kesusahan bagi saya,” katanya.

Dalam pada itu, semua ini tidak akan menghalang Ernie untuk terus berkarya dan berjuang dalam dunia hiburan . Jelasnya niat yang baik pasti akan dipermudahkan.

“Pada saya Allah itu penyayang. Dia tidak akan suruh kita berhenti cari rezeki tapi dengan cara dan haluan yang betul. Benda ni sangat subjektif.

“Ada juga yang mengatakan yang sepatutnya kita ni tak boleh menyanyi tapi pada saya asalkan niat tu betul kita nak cari rezeki yang halal,” katanya.

Terdahulu Ernie turut mengumumkan ada merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan .

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

19 hours ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

20 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

21 hours ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

22 hours ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

23 hours ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

1 day ago