fbpx
Now Reading
“Doakan Saya Istiqamah” – Ernie Zakri Kini Bertudung

“Doakan Saya Istiqamah” – Ernie Zakri Kini Bertudung

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini kami ada melaporkan pengacara Dahlia Shazwan atau lebih dikenali sebagai gadis trivago sudah pun berhijab, terbaru difahamkan penyanyi Ernie Zakri turut berbuat perkara yang sama.

Menerusi instagram semalam, Ernie memuat naik sekeping gambar dirinya ayu mengenakan hijab. Dia bagaimapun tidak memuat naik sebarang kapsyen sebaliknya hanya meletakkan tanda ‘love’ pengganti kapsyen

Rata-rata netizen dan rakan selebriti meluahkan rasa gembira serta memuji penampilan barunya. Tidak kurang juga yang mendoakan agar penyanyi itu terus istiqamah dalam penghijrahannya.

Memetik mStar, Ernie sudah lama menyimpan hasrat untuk bertudung dan akhirnya membuat keputusan untuk mula berhihab pada Selasa.

Ernie atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, mengakui yang dia banyak membuat kesilapan sebelum ini, dan kini dia merasakan dia harus melakukan perubahan secara perlahan-lahan.

“Ya… hari ini merupakan hari pertama saya memakai tudung. Saya berharap semua orang boleh mendoakan saya untuk istiqamah.

“Sebenarnya perasaan nak bertudung sebelum tunaikan umrah tapi kadang-kadang biasalah manusia ada memikirkan soal komitmen kerja.

“Tetapi ada hikmah juga saya rehat daripada kerja, duduk rumah dan banyak saya fikir. Jadi, inilah masa paling tepat untuk saya buat keputusan berhijrah.

“Saya kena fikirkan diri saya juga. Kita manusia biasa, banyak buat kesilapan dan tiba masanya untuk saya berubah sedikit demi sedikit mana yang mampu,” katanya kepada portal berkenaan

Kami di Buzzkini mendoakan agar Ernie Zakri terus istiqomah

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.