fbpx

Akhirnya Terjawab, Ernie Zakri & Syamel Rancang Kahwin Tahun Depan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya teka-teki mengenai status hubungan di antara Ernie Zakri dan pasangan nyanyian dan perniagaannya, Syamel terjawab apabila penyanyi wanita itu memaklumkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan

Meskipun tidak menyebut sebarang nama namun Ernie yang ditemui media tidak menafikan calon suami yang di maksudkan adalah Syamel.

“Setakat ini calonnya adalah seperti yang anda semua sudah dengar. Jadi, doakan semoga semuanya dipermudahkan,” kata Ernie Zakri kepada Harian Metro.

“Dia ada ciri-ciri suami idaman saya, cuma kami belum mengenali satu sama lain dengan cukup mendalam. Yang pasti, ciri-ciri utama adalah dia menghormati ibu bapa saya,” katanya.

Dalam masa sama dia turut memohon orang ramai untuk mendoakan agar perancangannya untuk berumahtangga dimudahkan memandangkan usianya menghampiri penghujung 20-an.

“Doakan semoga saya dapat menamatkan zaman bujang menjelang tahun depan kerana tahun depan usia saya sudah 29 tahun,” kata Ernie lagi.

Untuk tahun ini yang masih berbaki beberapa bulan akan digunakannya untuk sebagai mungkin terutapa urusan karier dan ibu bapanya.

“Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, banyak yang berlaku dan sekarang masanya untuk kita susun semula kerja-kerja yang tergendala,” katanya.

“Dalam keluarga, hanya saya yang belum berkahwin. Jadi, ini masanya untuk saya jaga kedua-dua ibu bapa dan fokus saya adalah untuk mencari rezeki.

Mereka sebelum ini menafikan ura-ura yang menyatakan mereka berdua sedang hangat bercinta sebaliknya mereka hanyalah sekadar rakan baik.

Namun Ernie pernah sekali terlepas yang dia sememangnya mencintai Syamel sewaktu bermain satu permainan ‘Electric Shock Challenge’ dimana peserta harus berterus terang atau berdepan renjatan elektrik.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.