Tular Poster Gergasi Hero Negara Di Shah Alam Diconteng, Dirosakkan

Sejak pagi ini tular video yang dikongsi seorang pengguna sosial yang memperlihatkan mural gergasi yang memaparkan wajah hero-hero negara yang terdiri dari YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa lagi Menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan di Shah Alam telah dirosakkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Jelas perbuatan ini bukan sahaja berniat melakukan vandalisme malahan ianay adalah satu perbuatan khianat apabila ianya dipenuhi dengn kata-kata kesat yang tidak seharusnya dikeluarkan oleh mana-mana rakyat Malaysia.

Menerusi perkongsian terbaru, poster hasil tangan pelukis mural yang berasal dari Terengganu, Suhaimi Ali dan rakannya itu  sudah pun ditutup bagi kerja-kerja baik pulih.

Malah lokasi berkenaan juga menjadi tumpuan media, pelukis mural juga anggota Polis DiRaja Malaysia

Rata-rata netizen baik dari ideologi dan parti yang berbeza mengutuk keras insiden terbabit yang disifatkan dilakukan oleh manusia yang penuh dengan kebencian .

Siapa pun anda dan apa pun motif di sebalik perbuatan khianat tersebut, kami berharap anda bakal ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal!

Recent Posts

  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

4 mins ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago