Pemilik Anjing Pitbull Cederakan Wanita Di Melaka Didenda RM2000

Baru-baru ini tular satu video rakaman kamera litar tertutup yang memperlihatkan seorang anjing bertuan menyerang dan mencederakan seorang wanita yang sedang berjalan di hadapan rumahnya.

Anjing berkenaan yang kemudiannya dikenalpasti dari jenis Pitbull ini difahamkan tidak dirantai malah tuannya meninggalkan pintu rumahnya dalam keadaan terbuka menyebabkan anjing berkenaan terus menerpa kepada wanita berkenaan

Terbaru, tuannya yang merupakan seorang nelayan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, atas kecuaiannya sehingga anjing peliharaannya itu berjaya menyerang dan mencederakan wanita terbabit.

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh memutuskan untuk menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh Liew Sea Hai, 43, mengaku bersalah atas pertuduhan.

Beliau kemudian memerintahkan agar Liew dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda, selain anjingnya diserahkan kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah untuk tindakan susulan.

Mengikut kertas pertuduhan lelaki ini didakwa cuai sehingga menyebabkan anjing miliknya mencederakan Purba Evita Kristina, 23, pada 27 julai lalu di hadapan sebuah rumah di Jalan Marikh 8, Taman Tanjung Minyak Perdana disekitar jam 9.30 malam.

Mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan sekiranya bersalah dia boleh didipenjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

 Peguam tertuduh, Surendran Chelvarajah sebelum itu memohon mahkamah agar mengurangkan hukuman anak guamnya memandangkan tertuduh sudah menyesal malah anjingnya sudah dirantai.

“Tetapi kecuaiannya pada hari kejadian adalah membiarkan pagar rumah itu terbuka dan rantai besi yang mengikat anjing terputus, menyebabkan ia lari keluar,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Raudhah Mazman memohon agar hukuman berat diberikan kerana status kes tersebut yang sudah tular dan perlu menjadi pengajaran kepada masyarakat lain.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

4 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

5 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

5 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

5 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

5 hours ago