fbpx
Now Reading
Covid-19 Mungkin Berlanjutan 2 Tahun, KKM Syor PKPP Disambung

Covid-19 Mungkin Berlanjutan 2 Tahun, KKM Syor PKPP Disambung

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesyorkan kepada Majis Keselamatan Negara agar PKPK yang akan berakhit 31 Ogos ini dilanjutkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Sri Dr Adham Baba berkata lanjutan ini adalah keperluan tmemandangkan negara kita ketika ini masih lagi bergelut dengan peningkatan kes.

Perkara ini dilihat seiring selepas World Heatlh Organisation (WHO) sebelum ini memaklumkan pihak mereka menjangkakan wabak ini akan berterusan sekurang-kurangnya selama dua tahun

“Dua tahun makan masa yang lama. PM (Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin) pun ada melancarkan kebudayaan norma baharu, rakyat perlu faham bahawa perlu sama-sama tangani penularan Covid-19.

“Untuk PKPP akan berakhir 31 Ogos ini yang diumumkan PM, Kementerian Kesihatan sudah pun membuat saranan kepada Majlis Keselamatan Negara dan PM yang mana PKPP dipertimbangkan untuk kita laksanakan sehingga keadaan lebih terkawal.

“Jadi terpulang yang berhormat (PM) untuk umumkannya dalam masa terdekat, dan kita lihat di negara lain masih bergelut dan kes meningkat, kes import di negara yang tertentu bertambah.

“Di negara kita, kita (kementerian/kerajaan) masih memperkukuh dan kita mengawal pintu masuk dan sempadan dengan baik,” katanya dalam satu sidang media di program anjuran Perkeso.

Sebagai rekod, PKPP mula dilaksana pada 10 Jun lalu menggantikan PKPB (Bersyarat) dengan lebih banyak kelonggaran yang diberikan kepada rakyat bagi menjalankan aktiviti harian dan ekonomi

Semua aktiviti ini bagaimanapun tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KKM.

Foto Kredit : Malaysiakini

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.