Kerajaan Filipina Dapat Lesen Masukkan Sabah Dalam Peta Pasport Mereka

Perang mulut antara pemimpin Malaysia dan Filipina mengenai status Sabah nampaknya sudah masuk ke tahap baru.

Terbaru Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Filipina telah meluluskan rang undang-undang baru berkaitan percetakan peta Filipina dengan membenarkan kerajaan mereka untuk memasukkan negeri Sabah dan zon ekonomi eksklusif 200 batu (ZEE) ke dalam peta pasport negara mereka.

Memetik CNN Phillipines , Rufus Rodriguez yang menulis rang undang-undang House Bill 6399 ini, berkata pindaan ini bertujuan demi menegaskan hak dan sejarah mereka ke atas Sabah selain menekankan kemenangan mereka di Laut Filipina Barat ke atas China di Tribunal Arbitrase Antarabangsa di Hague, Belanda pada 2016

Tambahnnya pengubalan pada dokumen perjalanan Filipina ini adalah satu kenyataan kuat bahawa negara tersebut begitu serius menjaga hak kedaulatan mereka di Laut Filipina Barat dan EEZ.

Sebelum ini ketegangan antara dua negara bermula apabila Setiausaha Luar Filipina membuat kenyataan yang mendakwa Sabah bukan sebahagian dari Malaysia

Kenyataan tersebut dikeluarkannya di Twitter sebagai respons kepada tweet yang dikelarkan Kedutaan Amerika Syarikat di Filipina berkenaan sumbangan 500 kit kebersihan diri kepada 500 rakyat Malaysia yang dihantar pulang dari Sabah.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein  kemudiannya membidas kenyataan tersebut dan menyifatkan ianya tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Beliau kemudiannya memberitahu akan memanggil Duta Filipina ke Malaysia bagi menjelaskan maksud yang cuba disampaikan Teddy.

Untuk rekod, Sabah yang sebelum ini dikenali sebagai Borneo Utara kemudiannya bergabung dengan Malaysia pada tahun 1963.

Negeri di bawah bayu ini sebelum ini pernah menjadi wilayah jajahan Kesultanan Brunei sebelum diserahkan kepada kesulatan Sulu kepada Sultan Sulu atas jasa kerajaan tersebut membendung perang saudara yang meletus di Brunei pada 1658.

Mereka kemudian menjadi sebahagian dari kerajaan Sulu sehinggalah pada 22 Januari 1878,  apabila kesultanan sulu telah menandatangani perjanjian telah menyerahkan atau ‘menyewakan selama-lamanya’ Borneo Utara kepada British, dengan pulangan pembayaran sebanyak 5,000 dolar (kemudian naik kepada 5,300) Malaya setahun kepada Sultan Sulu.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

10 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

11 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

11 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

13 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

13 hours ago