Didakwa Konon Tak Pakai Mask, Respon Tengku Puteri Jihan Dapat Pujian Netizen

Seorang pengguna Twitter baru-baru ini menjadi perhatian ramai apabila membuat tuduhan tidak berasas dengan mendakwa putera dan puteri kepada Yang Di Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak menggunakan pelitup muka sewaktu berada di tempat awam.

Menerusi perkongsian berkenaan, ianya difahamkan berlaku ketika mereka bersama beberapa rombongan lain berada di Pusat Sains Negara.

Dengan menggunakan bahasa yang kesat, pengguna berkenaan turut mendakwa pekerja Pusat Sains hanya membiarkan dan langsung tidak bersuara mengenai perkara tersebut .

Puter bongsu YDPA, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah kemudiannya tampil menyangkal dakwan tersebut. Jelasnya, semua yang bersamanya semasa melawat Pusat Sains lengkap mengenakan face mask tidak seperti yang didakwa individu terbabit.

Tambah Puteri Jihan lagi, tiada seorang pun dari kalangan mereka yang menggunakan beg jenama Louis Vuitton seperti yang didakwa individu terbabit.

Meskipun ringkas, jawapan beliau menarik perhatian ramai netizen. Ramai yang merasakan penggunaan ayat yang digunakan beliau jelas jauh berbeza dari individu terbabit.

Meskipun dituduh dengan bahasa kesat, beliau tetap tenang membalasnya. Bukan itu sahaja beliau malah bertindak sopan dengan menggunakan perkataaan maaf di awal ayat tersebut.

Individu lain tampil sangkal dakwaan

Namun yang menariknya seorang pengguna Twitter lainnya kemudiannya tampil menyokong kenyataan yang dikeluarkan Tengku Jihan.

Menerusi foto tersebut jelas individu terbabit dilihat sedang bergambar bersama Tengku Jihan bersama dua lagi adik beradiknya  Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan kesemua mereka jelas mengenakan pelitup muka.

Malah menurutnya tiada beg LV yang digunakan sebaliknya anak-anak baginda difahamkan memakai tas tangan dari jenama Dior, jelasnya yang kebetulan menemui mereka di sana.

Ini sekaligus membuktika dakwaan tersebut tidak berasas malah seolah ditularkan dengan niat tidak baik.

Tweet tuduhan berkenaan bagaimanapun telah dipadam sejurus ianya tular di media sosial malah penggunanya juga kini telah menukar tetapan akaunnya dari umum kepada private.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

1 hour ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

1 hour ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

3 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

4 hours ago