Majoriti Rakyat Setuju Harga Mahal Menggalakkan Rokok Seludup

Tidak dinafikan semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia yang memilih rokok seludup berbanding rokok tempatan.

Namun kecenderungan ini dek kerana harganya yang murah berbanding rokok biasa sebenarnya bukan sahaja membahayakan malah merugikan kerajaan dari sudut ekonomi.

Lebih memburukkan keadaan apabila aktiviti penjualan rokok seludup semakin berleluasa memandangkan permintaannya yang terus meningkat.

6/10 rakyat setuju harga mahal punca rokok seludup bertambah

Terbaru satu kaji selidik yang dilakukan oleh British American Tobacco (Malaysia) Berhad (BAT Malaysia yang merupakan sebahagian  daripada kempen Hentikan Pasaran Gelap baru-baru ini mendapati 6/10 dari rakyat Malaysia bersetuju yang harga rokok tempatan yang tinggi menjadi punca penggalakan pasaran rokok seludup.

Bukan itu sahaja hasil 67% rakyat Malaysia juga percaya bahawa pasaran gelap, yang mana rokok seludup merupakan komponen besar, kini di tahap krisis, telah menjejas teruk ekonomi Malaysia.

Selain itu 66% percaya bahawa Kerajaan perlu bertindak segera untuk mendapatkan kembali kerugian RM5 bilion akibat rokok seludup manakala satu per tiga responden (75%) bersetuju untuk menyokong Kerajaan Malaysia untuk memperkenalkan langkah-langkah membanteras pasaran gelap di dalam Bajet 2021.

Menerusi kajian itu lagi majoriti besar rakyat Malaysia (64%) percaya bahawa harga tinggi barangan, termasuk rokok, merupakan faktor utama mendorong orang ramai beralih kepada pasaran gelap. Justeru 79% rakyat Malaysia bersetuju bahawa lebih penguatkuasaan diperlukan, daripada segi menambah keselamatan sempadan dan pemantauan lebih teliti produk yang diimport dan dieksport.

Pengarah Urusan BAT Malaysia, Jonathan Reed berkata, berdasarkan maklum balas tersebut, rakyat Malaysia secara asasnya mahukan tindakan diambil untuk menurunkan harga beberapa barangan dalam usaha membanteras pasaran gelap

“Daripada hasil kaji selidik dan maklum balas yang kami terima, rakyat Malaysia menggesa agar tindakan diambil segera bagi mengurangkan harga beberapa barangan bagi membanteras pasaran gelap.

“Ia berkemungkinan besar disebabkan oleh kebimbangan rakyat berkaitan jaminan pekerjaan dan kestabilan pendapatan hidup ekoran krisis COVID-19 yang berlarutan sehingga ke hari ini.

“Sebarang usaha oleh Kerajaan untuk menutup ketirisan dan mengembalikan kehilangan hasil negara di dalam Bajet 2021, pasti akan disokong oleh rakyat Malaysia. Ia hanya boleh dicapai menerusi pendekatan menyeluruh dengan kerajaan menggunakan segala jentera yang dimilikinya,” kata Reed

Difahamkan kaji selidik ini dilakukan secara atas talian terhadap 2000 orang dewasa di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Hentikan Pasaran Gelap anjuran British American Tobacco Malaysia, sila lawati https://stoptheblackmarket.com.my atau ke laman facebook mereka di https://www.facebook.com/stoptheblackmarket.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

ameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

3 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

4 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

5 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

6 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

7 hours ago