fbpx
Now Reading
“Saya Punyai Segalanya, Rumah, Kereta & Wang, Semua Hilang Selepas Dokumentari Al Jazeera” – Rayhan Kabir

“Saya Punyai Segalanya, Rumah, Kereta & Wang, Semua Hilang Selepas Dokumentari Al Jazeera” – Rayhan Kabir

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

“Saya punyai segalanya, rumah yang cantik, kereta, pekerjaan yang bagus dan kewangan yang stabil. Namun semuanya berakhir selepas saya muncul dalam dokumentari itu ” itulah luahan Rayhan Kabir sewaktu ditemuramah Dhaka Tribune, sebuah media di Bangladesh.

Rayhan, warga Bangladesh yang diusir keluar dari Malaysia selepas mencetuskan kontroversi dalam dokumentari Locked Up In Malaysia Lockdown terbitan oleh media antarabangsa Al Jazeera  bukan hanya diusir malah dia disenaraihitamkam dari memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Dia sewaktu dihantar pulang ke Bangladesh Foto : Bernama

Lansung tidak dihubungi pihak Al Jazeera selepas ditangkap

Bercerita lebih lanjut mengenai pengalamannya, Rayhan juga menjelaskan sejak penangkapannya tiada langsung wakil Al Jazeera yang menghubunginya

Namun tiada apa yang dapat dilakukan memandangnya dia yang sebelum ini nekad untuk tidak menutup muka dan kekal sebagai orang yang tidak dikenali (anonymous) dalam wawancara tersebut kononnya bercakap mengenai sesuatu yang benar.

“Bercakap mewakili masyarakat bukanlah perkara asing dalam hidup saya kerana pernah berbuat demikian banyak kali sebelum ini.

“Bagaimanapun, saya tidak pernah terfikir yang bercakap tentang kebenaran akan membawa masalah sebanyak ini kepada saya,”

Sewaktu disambut keluarganya di rumah pada hari pertama tiba di sana Foto : Dhaka Tribune

Mahu belajar undang-undang

Mengakui kehidupannya kini bertukar drastik dari ‘mempunyai segalanya kepada tiada apa-apa ‘dia bagaimapun difahamkan nekad untuk menyambung pengajian tinggi dalam bidang undang-undang pendatang asing (migration law) demi memperjuangkan hak pekerja migran.

Terdahulu bekas pekerja imigran di Malaysia ini telah dihantar pulang ke kampung halamannya Bangladesh pada 22 Ogos lalu tanpa sebarang dakwaan oleh kerajaan Malaysia

Dia sebelumnya telah ditahan oleh pihak berkuasa di sebuah kondominium di Jalan Pahang pada 24 Julai selepas 2 minggu menyembunyikan diri dari pihak berkuasa.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.