fbpx

Perburuk Malaysia Di Dokumentari Al Jazeera, Imigresen Kini Buru Md Rayhan Kabir

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya selepas video dokumentari Al-Jazeera, Locked Up in Malaysia’s Lockdown mengenai cara kerja Malaysia yang didakwa ‘kejam’ terhadap warga asing dan PATI dalam mengawal penularan wabak COVID-19 tular di lama sosial, berbondong makian yang dilontarkan orang ramai terhadap agensi media tersebut.

Wartawan mereka disifatkan hanya mengeluarkan tuduhan tidak berasas malah hanya mengkaji separuh jalan sehingga membuat rumusan dan laporan yang tidak tepat.

Foto : Via MalaysiaKini

Dalam masa sama netizen turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang warga Bangladesh yang ditemuramah mereka menerusi dokumentari tersebut.

Pada mereka, jelas pekerja migran ini telah mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat dengan niat memburuk-burukkan negara yang selama ini memberikannya peluang pekerjaan .

Terbaru, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu kenyataan telah memohon bantuan orang ramai untuk mengesan lelaki Bangladesh tersebut yang dikenali dikenali Md Rayhan Kabir.

Menurut kenyataan tersebut, Rayhan yang berusia 25 tahun itu kini dicari bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Difahamkan alamat terakhirnya yang dilapor di Sirhan Legacy Sdn Bhd ialah di B-7-9, Menara Uncang Emas, No 85, Jalan Loke Yew, 52000, Kuala Lumpur.

Justeru JIM memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki terbabit untuk segera menghubungi Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Imigresen, Nurulmasha Nazlinan Hussin di talian 03-88801298 sambungan 1294 pada waktu pejabat.

Maklumat juga boleh disalur ke Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat.

Terdahulu Al Jazeera pada 3 Julai lalu, telah menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown yang dilihat cuba menyalahkan Malaysia kerana mengambil kesempatan melakukan penindasan kaum, diskriminasi dan prejudis terhadap warga asing.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.