Pengerusi UMS Sahkan Veveonah Ambil Peperiksaan Dalam Talian

Pengerusi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Datuk Seri Masidi Manjun semalam mengesahkan Veveonah Mosibin bercakap benar dan sememangnya menduduki peperiksaan secara online sewaktu merakam video Youtube.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan itu berkata, perkara itu diketahui selepas beliau sendiri bertemu dengan Timbalan Naib Canselor dan Pengarah Asasi Sains UMS bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung isu terbabit.

Jelasnya, mahasiswi itu menduduki peperiksaaan akhir semester dari 9 – 12 Jun 2020 dan dia adalah seorang pelajar contoh di sana. Tambahnya lagiu Veveonah juga kini ditawarkan untuk menyambung pelajarannya di peringkat Ijazah disana.

Perkara itu dikongsikan Masidi di akaun Twitternya untuk makluman umum

“Selepas pertemuan dengan Timbalan Naib Canselor & Pengarah Pusat Asasi Sains pada hari ini (semalam) saya ingi mengesahkan yang pelajar, Veveonah Mosibin ada menduduki peperiksaan akhir semester (secara online) dari 9 Jun – 12 Jun 2020

“Veveonah merupakan pelajar contoh dan telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Marin di peringkat Ijazah, di UMS,” kata Masidi lagi

Terdahulu nama Veveonah sekali lagi hantar diperkatakan apabila Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin mendakwa hasil siasatan oleh pihaknya mendapati gadis itu sewaktu kejadian tidak menduduki sebarang peperiksaan.

Kenyataan Datuk Zahidi bagaimanapun disangkal banyak pihak terutama rakan seuniversiti Veveonah yang menjelaskan mereka sememangnya mempunyai peperiksaan sewaktu hari tersebut malah ramai berkongsikan jadual peperiksaan tersebut di laman Twitter.

Timbalan Menteri itu kemudiannya menerusi satu posting di Facebook tampil membuat permohonan maaf kepada Veveonah.

Namun beliau bertegas, maklumat itu diperolehi daripada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Abdul Rahim Bakri yang juga merupakan wakil rakyat di kawasan Kudat.

Baca artikel berkaitan :

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

3 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

4 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

5 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

5 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

5 hours ago