fbpx
Now Reading
Dakwa Veveonah Tiada Exam Sewaktu Rakam Video Youtube, Timbalan Menteri Mohon Maaf Tersalah Info

Dakwa Veveonah Tiada Exam Sewaktu Rakam Video Youtube, Timbalan Menteri Mohon Maaf Tersalah Info

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/myTMgroup/posts/562110214479014https://www.facebook.com/DatukZahidiZainul/posts/177056630589202?__xts__%5B0%5D=68.ARB1hM1cCIiCQWJvJSe4k16jt5lQnutLwWQkmdk1VfjiyQXFHAHVsdnT-TynvYFigKmwGN48Mo_JnivZVbc5v4wwzxRUMSA4f43u4foF8pYxS6YOjxTo8v6OIjQJo3f6aNZtM3P6oiCcWMx8IXOiBb0edM4qgZOq5LrH-LiBQfU8Bs_p8UC2ZRuhQGGCLSpwp09wxeZYc-CNCnRibtMrYUUUCsvNxnSEeIniqSPfAzFC9NlJ4pr527UF5xN9OvvkUAJ-zg3eXvh7lryH8TdmW6jcaLjx4knE9rOL_zFYx-uXV5epM1aJNGU6EC78fBbWLpGC6VxpSaDyRMVIuIE&__tn__=-R

Jika anda masih ingat pada Jun lalu seorang mahasiswi dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah tular di media sosial apabila dia terpaksa memanjat pokok dan bermalam di sana demi mendapatkan capaian internet yang terbaik untuk menduduki peperiksaan secara online.

Kisah Veveonah Mosibin, pelajar jurusan asasi sains yang berasal dari Kg Sipitang, Pitas kemudiannya mendapat liputan luas dari media juga dari ahli politik, kementerian pendidikan serta Telekom Malaysia sendiri.

Susulan dari perkara itu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kemudiannya mengumumkan akan membina menara telekomunikasi di Kampung Bilangau Kecil, Pitas sebagai usaha menambah baik liputan dan kelajuan internet di kawasan berkenaan.

Sebulan kemudiannya TM pula menaiktaraf kelajuan internet di Pusat Internet Kampung Pinggan-Pinggan, Pitas, Sabah menggunakan sambungan gentian fiber 300Mbps yang merupakan pusat internet yang terdekat dengan kampung Veveonah.

Terbaru, nama Veveonah sekali lagi menjadi topik hangat selepas  Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin mendakwa hasil siasatan oleh pihaknya mendapati gadis itu sewaktu kejadian tidak menduduki sebarang peperiksaan.

“Veveonah merupakan seorang Youtuber dan tidak ada peperiksaan. Kita dah semak dah. Dia hanya Youtuber untuk ambil nama, dia terkenal sekejap dan dia buat hanya untuk hiburan.

“Ini perbuatan yang kadang-kadang kita tertipu dan kadang-kadang kita jangan mudah tertipu dengan Youtuber untuk membuat isu.

“Jadi, kita minta pihak berwajib yang tidak ada line atau blind spot (titik buta), maklumkan pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan kita akan segera atasi masalah tersebut terutamanya dari segi pendidikan,” katanya.

Perkara ini kemudian menjadi isu hangat di media sosial apabila beberapa individu memperkenalkan diri mereka sebagai rakan seuniversiti Veveona mempertahankan mahasiswi itu dengan menyataan dia sememangnya ada peperiksaan sewaktu hari rakaman berkenaan.

Siap jadual peperiksaan

Timbalan Menteri mohon maaf, tersilap info

Terbaru Datuk Zahidi Zainul Abidin menerusi Facebooknya membuat permohonan maaf diatas kenyataaannya mengenai Veveonah.

Menurutnya dia telah mendapat maklumat yang kurang tepat mengenai perkara berkenaan justeru ingin membetulkan kenyataannya. Dalam pada itu dia turut  memohon maaf kepada mahasiswi berkenaan dan berjanji akan membuat pembetulan di Dewan Negara Isnin nanti.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.