Isu Veveonah : “Kabinet Ambil Maklum Kenyataan Dua Timbalan Menteri Tidak Wajar” – KJ

Sejak minggu lalu antara perkara yang paling hangat diperkatakan di kalangan netizen adalah isu yang membabitkan mahasiswi UMS, Vevenonah Musibin dan dua timbalan menteri iaitu  Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Abdul Rahim Bakri yang juga MP Kudat.

Bermula dari kenyataan Zahidi di Dewan Negara yang mendakwa kisah peperiksaan Veveonah di Youtubea adalah palsu , Timbalan Menteri itu kemudiannya mengakui tersilap mendapat info namun menjelaskan ianya diterima daripada Abdul Rahim.

Namun Abdul Rahim dalam satu satu kenyataan pada 7 September kemudiannya mendakwa isu internet yang dibangkitkan Veveonah adalah palsu dan hanya ‘satu drama’ bagi meraih perhatian.

Tindakan kedua-dua ahli politik ini kemudiannya menaikkan kemarahan netizen yang menyifatkan ianya adalah satu bentuk buli siber terhadap Veveonah.

Ianya terus berlanjutan sehingga memaksa Pengerusi UMS, Datuk Seri Masidi Manjun yang juga ADUN Karanaan untuk mengeluarkan kenyataan bahawa Veveonah sememangnya ada menduduki peperiksaan pada hari kejadian.

Terbaru Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memaklumkan jemaat menteri yang kebetulan bermesyuarat pada pagi tadi (rabu) menyimpulkan bahawa kenyataan dua Timbalan Menteri berkenaan tidak betul & tidak wajar.

Jelas KJ, isu sebenar yang harus diteliti dan diketengahkan adalah capaian internet & kemudahan asas di luar bandar terutamanya untuk kawasan pedalaman.

Perkara itu dikongsikan KJ menerusi satu cipatan di Twitter miliknya petang tadi.

Perkongisna beliau mengenai keputusan jemaah menteri itu jelas senada dengan kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia, Amzad Hashim dan juga Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan isu utama ialah bagaimana kerajaan mengatasi masalah capaian dan liputan internet di kawasan terbabit.

Dilihat pada respon netizen, rami yang memberikan reaksi positif dan meluahkan rasa syukur dengan apa yang telah dipersetujui.

Malah ramai mengharapkan isu ini tidak lagi diperpanjangkan sebaliknya memberikan fokus pada isu utamanya.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

8 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

9 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

9 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

10 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

11 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

12 hours ago